Kos haji dijangka naik 11% tahun depan

Kos haji dijangka naik 11% tahun depan

Kos haji dijangka meningkat hingga 11% tahun depan, kata Lembaga Tabung Haji.

Pengerusinya, Azman Mokhtar, berkata peningkatan itu susulan pasca pandemik Covid-19, serta perubahan sistem bagi permohonan visa yang digunakan Arab Saudi.



“Kita (sebelum ini) menjangkakan memang berlaku kenaikan setiap tahun bagi kos haji, iaitu sekitar 5.0 hingga 6.0% setiap tahun untuk jangka panjang.

“Namun disebabkan pandemik Covid-19, kita menjangka kenaikan yang lebih, termasuk peningkatan kadar inflasi, situasi mata wang semasa, malah Arab Saudi menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) sekitar 5.0 hingga 6.0%,” katanya menurut Berita Harian.

“Selain itu, kerajaan Arab Saudi turut melakukan perubahan pada sistem mereka, termasuk bagi permohonan visa…ini semua mempengaruhi kenaikan kos.”

Beliau berkata demikian selepas majlis kesyukuran tamat operasi haji dan penghargaan sahabat korporat TH bagi musim haji 1444H/2023M.



Tahun ini, jemaah B40 perlu membayar RM11,980 dan RM15,980 bagi kumpulan M40 manakala T20 berpendapatan lebih RM15,000 sebulan perlu menanggung kos haji sepenuhnya iaitu RM30,850.

Bagaimanapun, kerajaan menanggung kenaikan kos haji sebanyak RM1,000 bagi kumpulan B40 dengan mereka hanya perlu membayar RM10,980 iaitu kadar sama tahun lalu. FMT

Kos haji dijangka naik 11% tahun depan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker