Akauntan rugi RM104,000 ditipu peraduan menang wang

SEREMBAN: Seorang akauntan berputih mata apabila kerugian RM104,000 selepas terpedaya dengan peraduan menang wang yang didakwa daripada sebuah platform beli-belah dalam talian, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani, berkata wanita berusia 39 tahun itu menerima mesej menerusi akaun Facebook bernama “Irene Wee” yang memaklumkan mangsa telah memenangi wang daripada platform beli belah itu kira-kira jam 2 petang.

Suspek kemudian memberi nombor telefonnya iaitu 019-9109136 kepada mangsa memaklumkan bahawa wanita itu telah memenangi wang sebanyak RM3,573 (1,150 SGD).



“Suspek turut meminta nombor kad kredit mangsa dan butiran kad bagi urusan penerimaan wang itu dan mangsa telah memberi nombor dan butiran kad kredit HSBC dan Standard Chartered miliknya.

“Mangsa diarahkan untuk menghantar mesej OTP kepada suspek. Kemudian mangsa mendapati ada transaksi sebanyak RM7,000 melalui kad kredit HSBC miliknya bagi urusan pembelian,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Bapa Tan Cheng Hoe meninggal dunia, Harimau Malaya berduka



Suspek telah melakukan beberapa transaksi pembelian di platform beli belah itu menggunakan kad kredit milik mangsa sehingga mencapai RM70,000 bagi akaun HSBC dan RM34,000 menerusi akaun Standard Chartered.

Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila dia gagal menghubungi suspek jam 10.36 pagi tadi, dan susulan itu mangsa terus menghubungi pihak bank sebelum membuat laporan di Balai Polis Rahang.

Aibee berkata, pihak bank memaklumkan semua transaksi berkenaan masih ‘terapung’ dan tidak dapat mengeluarkan penyata bagi transaksi itu.

“Semua transaksi berkenaan bagi urusan di platform beli belah itu dan jumlah kerugian sebenar tidak dapat dipastikan kerana semua transaksi masih ‘terapung’. Terdapat transaksi yang tidak berjaya kerana melebihi had transaksi harian mangsa,” katanya.



Aibee berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu selain meminta orang ramai agar tidak mudah percaya dengan panggilan atau mesej yang mencurigakan. – BERNAMA

 

Akauntan rugi RM104,000 ditipu peraduan menang wang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive – Sanusi

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker