PAS jawab mengapa sanggup bekerjasama dengan orang yang menuduh PAS sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’

PAS mengakui tidak memerlukan simpati daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mekanisme bagi memuktamadkan sebarang pembentukan kerjasama dengan mana-mana pihak.

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, berkata kerjasama dengan mana-mana pihak sebaliknya hanya perlu dimuktamadkan berpandukan asas perjuangan yang selari, seperti ditetapkan parti itu.

Ahli Majlis Syura Ulamak PAS itu turut menegaskan, PAS bersedia memaafkan mana-mana seteru politik yang mahu menjalinkan kerjasama, biarpun pihak terbabit lantang mengkritik parti itu, sebelum ini.



“(Kerjasama dengan dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin) adalah petunjuk yang PAS sebagai parti berjiwa besar. Anwar juga perlu ingat beliau menetang PAS selama 17 tahun, sebelum ini.

“Beliau mengkritik PAS, termasuk Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi ucapan cukup berbisa ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pimpinan UMNO ketika itu, pada ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Semerak, sebelum ini.

“Namun, PAS masih ‘sambut’ beliau selepas dipecat Dr Mahathir pada 1998. Pendekatan kita adalah memaafkan dan bersedia berkawan dengan sesiapa pun yang cenderung untuk berdamai,” katanya kepada BH, malam tadi.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang secara berseloroh menyatakan kasihan terhadap Perikatan Nasional (PN), terutama PAS kerana menjalin kerjasama dengan dua pemimpin yang pernah melabel parti itu sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’ dan parti kafir.



Idris antara lain menyifatkan kegusaran Anwar sebagai isyarat jelas mempamerkan tahap ketakutan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) terhadap kebangkitan rakyat, selepas Dr Mahathir dilihat kerap berkempen bersama PAS dan PN.

“Beliau (Anwar) cukup takut sehingga mendakwa pimpinan Dr Mahathir sudah lapuk dan dianggap sudah tidak berpengaruh walaupun kita tak pernah upah atau sogok Dr Mahathir tetapi beliau yang bersama-sama untuk meneruskan agenda bersama,” kata Ahli Parlimen Bagan Serai itu.

Terdahulu, Idris menerusi ceramah PN Best di Pulau Betong menggesa Anwar berundur daripada jawatan Perdana Menteri, jika gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) gagal meraih sokongan pengundi pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“(PH-BN) kalau kalah di enam negeri pada PRN kali ini, kalau orang ada maruah, letak jawatanlah. Anda (Anwar) ada kuasa, tetapi tidak berpengaruh, dalam keadaan Perdana Menteri membuat pelbagai serangan (terhadap PN) tetapi rakyat masih tidak memberi sokongan… tak ada arahlah maknanya.



“Sebab itu mereka (PH-BN) ‘tension’ (tertekan) dengan PRN. Kita rileks sahaja, tak ada apa-apa. Mereka jenuh berfikir, kalaulah kalah di enam negeri ini baru dia tahu ‘Rabu, Khamis dan Jumaat’.

“Mereka sakan sangat pada PRN, seolah-olah tiada kerja selain berpolitik. Sepatutnya mereka tumpu masalah rakyat dan fikir kaedah mengatasi lonjakan kos sara hidup yang membebankan orang ramai,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup



Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker