Pasang 9 cincin pada kemaluan lebih 12 jam, lelaki gagah ranjang tumbang

Seorang lelaki di Australia dikejarkan ke hospital selepas pengsan kerana sembilan cincin logam tersangkut pada kemaluannya dalam kes yang dianggap aneh, lapor akhbar New York Post semalam.

Kes jarang berlaku itu disiarkan dalam jurnal perubatan, Urology Case Reports.

Lelaki berusia 44 tahun itu dikejarkan ke unit kecemasan selepas sembilan cincin keluli tahan karat tersangkut pada pangkal kemaluan dan skrotumnya selama 12 jam.



Hasil pemeriksaan mendapati pangkal kemaluan lelaki itu bengkak dengan doktor terpaksa memberinya anestetik intravena untuk mengurangkan kesakitan.

Pakar bedah kemudian cuba menanggalkan cincin berdiameter 1 sentimeter itu dengan menggunakan pemotong besi tetapi gagal.

Akibat buntu, mereka meminta bantuan anggota bomba yang kemudian menggunakan gergaji khas untuk memotongnya.

Walaupun berjaya, pesakit itu tidak sepenuhnya selamat dari pengalaman pahit itu tanpa cedera.



Uretra lelaki itu didapati bengkak selain dia mengalami mati pucuk tahap kecil selepas kejadian itu. – Agensi

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal



Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker