M40 kini setaraf B40, kos sara hidup di bandar yang tinggi buat mereka tertekan

KUALA LUMPUR: Kumpulan M40 yang berdepan kos sara hidup yang tinggi di bandar perlu diberi perhatian kerana ia cukup membebankan golongan berkenaan.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, bersetuju pandangan sesetengah pihak bahawa golongan M40 berkeluarga yang tinggal di bandar dengan pendapatan isi rumah RM8,000 sebulan, setaraf dengan kelompok B40.

Justeru, beliau memberi jaminan isu kos hidup yang didepani rakyat ketika ini akan turut diambil kira oleh MARA, khususnya dalam aspek pendidikan dan pembangunan usahawan di bawah MARA.



“Saya bersetuju dengan maklum balas bahawa pendapatan isi rumah M40, RM8,000 kalau anak empat duduk di bandar cukup membebankan dan setaraf B40. Insya-Allah MARA ambil kira ini,” katanya menerusi perkongsian di Facebook, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, adanya Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) yang mengintegrasikan semua data daripada pelbagai agensi Kerajaan, MARA juga akan mengambil manfaat mendapatkan status ekonomi keluarga bagi tujuan pendidikan dan pembangunan usahawan di bawah ekosistem MARA.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira

“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie



Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker