Berdosa puji pondan cantik, pengkid kacak

Berdosa puji pondan cantik, pengkid kacak

Hukum memuji mereka yang melakukan perkara mungkar seperti berpakaian berlawanan jantina adalah berdosa.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hal ini kerana seolah-olah kita berasa senang dengan kemungkaran yang dilakukan secara terang-terangan (mujaharah).



“Hukum asal memuji seseorang itu adalah harus selagi mana perkara yang dipuji itu adalah perkara yang baik dan bukannya maksiat.

“Justeru, sewajarnya kita mengelakkan daripada menyukai atau memuji mereka berpakaian sebegitu kerana ia akan menyebabkan mereka berasa lebih selesa dan berasa tidak bersalah,” katanya menerusi perkongsian pada aplikasi Alinarah.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan daripada pengirim iaitu bolehkah muslim memuji-muji kecantikan seorang pondan seperti perempuan atau kekacakan seorang pengkid seperti lelaki.

Dalam pada itu, Zulkifli berkongsi hadis Nabi SAW yang bermaksud, selamat datang kepada saudara yang soleh dan juga nabi yang soleh (Riwayat al-Bukhari (3393)).



Katanya, daripada hadis ini, Imam al-Nawawi Rahimahullah menyatakan bahawa, dan pada hadis ini terdapatnya keharusan untuk memuji seseorang secara berhadapan, sekiranya dia berasa aman daripada perasaan ujub dan selamat bagi orang lain daripada sebab-sebab yang boleh mendatangkan fitnah (al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi, 2/357).

Sementara itu, beliau turut berdoa dan berharap semoga Allah SWT membuka pintu hati mereka yang terlibat untuk berubah, diberikan hidayah serta menjadi lebih baik. K Online

Berdosa puji pondan cantik, pengkid kacak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira

“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie



Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker