‘Tangan ghaib’ didakwa catur formasi Harimau Malaya, Pan-gon tepis dakwaan

PETALING JAYA – Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon menepis dakwaan bahawa ada ‘tangan ghaib’ dalam aspek pemilihan formasi dan pemain pada kempen Piala Asia 2023 kali ini.

Menurut Pan-gon, dakwaan yang tiada asas itu tidak perlu dihiraukan kerana lebih baik fokus tentang perancangan masa depan terutama aksi bertemu Korea Selatan malam esok.

“Mengenai kritikan netizen dan dakwaan campur tangan luar, saya enggan hiraukan kerana apa yang telah dilakukan pasukan sejak dua tahun lepas untuk layak ke kejohanan ini cukup istimewa.



“Malah, saya kekal dengan pendirian bahawa barisan pemain yang kami bawa kali ini adalah yang terbaik. Lebih bagus kita fikir tentang masa depan.

“Saya turut bercakap dengan pemain dan meminta mereka bahawa lebih baik mengabaikan (sindiran negatif),” katanya pada sidang media hari ini.

Sebagai rekod, Harimau Malaya gagal mencipta kejutan melangkah ke peringkat kalah mati Piala Asia 2023 selepas tewas dua perlawanan bertemu Jordan dan Bahrain sebelum ini.

Situasi tersebut menyaksikan penyokong dan pengkritik sukan tanah air mempersoalkan beberapa strategi serta pemilihan yang dilakukan oleh Pan-gon pada kempen kali ini kerana dilihat agak ‘pelik’ berbanding kebiasaan. –



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker