Jufazli didakwa atas tuduhan hina PM

Jufazli didakwa atas tuduhan hina PM

Seorang bekas calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Papat di Sabah semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 telah didakwa di Mahkamah Sesyen Siber di sini hari ini atas pertuduhan membuat komunikasi jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan UMNO dalam aplikasi Youtube dan juga Tiktok.

Orang Kena Saman (OKS) yang juga seorang penganalisis politik, Jufazli Shi Ahmad, 33, juga pernah berkhidmat sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Kelapan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

Mengikut dua pertuduhan kes pertama, dia didakwa membuat dan memulakan penghantaran menggunakan perkhidmatan komunikasi jelik, telah memuat naik dua video dengan niat menyakiti hati orang lain, menggunakan aplikasi YouTube dan dan Tik Tok dengan nama King Maker Politik pada pukul 3 petang 23 dan 27 Jun lalu.

Kedua-dua pautan video itu dibaca dan dilihat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 3 petang pada 24 Jun dan 1 Julai lalu.

OKS didakwa melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan OKS berkenaan boleh didenda maksimum RM50,000 atau pemnjara maksimum setahun atau kedua-dua sekali dan hendaklah juga boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Bagi kes kedua, Jufazli yang juga graduan sarjana kelas pertama sains politik turut didakwa atas gagal memberi capaian kepada data berkomputer yang disimpan dalam telefon bimbit iaitu gagal memberi kata laluan kepada laman profil aplikasi Tik Tok atas nama King Maker dan YouTube King Maker Politik yang diminta oleh polis.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Dang Wangi pada pukul 12.10 tengah hari dan 3 petang pada 5 Julai lalu.

Dia dituduh di bawah Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga di bawah Seksyen 242 sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum 100,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling dan Nadia Mohd Izhar manakala tertuduh diwakili peguam, Rajsurian Pillai.

Nor Azizah mencadangkan OKS diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira ia termasuk dalam kes berkepentingan awam.

“Kami juga memohon syarat tambahan iaitu perintah larangan kepada OKS supaya tidak membuat sebarang kenyataan jelik, komen berkaitan kes ini sama ada menerusi medium komunikasi sosial atau cetak sehingga perbicaraan selesai,” ujarnya.

Namun, Rajsurian Pillai yang mewakili tertuduh merayu agar jumlah wang jaminan yang dicadangkan TPR direndahkan RM5,000 untuk setiap kes kerana tidak berpendapatan tetap.

“Yang Arif, untuk makluman, dia juga mempunyai kes perbicaraan sama di Mahkamah Sepang dan prosiding masih berlangsung sejak dua tahun lalu dengan wang ikat jamin RM10,000.

“Lagi pun saya difahamkan ahli keluarganya hanya dimaklumkan petang semalam bahawa dia akan dituduh di mahkamah hari ini dan dia hanya mampu menyediakan wang berjumlah itu (RM10,000).

“Adik kandung tertuduh akan bertindak penjaminnya pagi ini dan dia baru tiba lewat ke mahkamah kerana terpaksa pergi ke kedai pajak gadai untuk mendapatkan wang barang pajakan bagi membayar ikat jamin,” katanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Nor Hasniah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM14,000 bagi kesemua pertuduhan dan diperintahkan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan oleh pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 29 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk kesemua pertuduhan itu. MG

Jufazli didakwa atas tuduhan hina PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker