Indonesia rampas kapal tangki berbendera Iran

Indonesia rampas kapal tangki berbendera Iran

Pihak berkuasa maritim Indonesia merampas sebuah kapal tangki berbendera Iran yang membawa lebih 200,000 tan metrik minyak mentah selepas disyaki melakukan pemindahan haram di laut.

Menurut agensi keselamatan maritim, kapal tangki MT Arman 114 itu disyaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak ke kapal lain di zon ekonomi eksklusif Indonesia.

“Kapal tangki itu dirampas Jumaat lalu selepas pihak berkuasa mendapati ia menjalankan pemindahan minyak mentah secara haram ke kapal dengan bendera Cameroon, MT S Tinos.

“Kedua-dua kapal itu ditahan ketika menjalankan aktiviti pemindahan minyak mentah,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Iran dituduh oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya menggunakan laluan perkapalan yang sesak di Teluk Parsi dan tempat lain untuk mengelak sekatan Barat terhadap program nuklearnya.

Kapal itu membawa 28 anak kapal warga Syria dan tiga penumpang lain serta 272,568 tan metrik minyak mentah bernilai puluhan juta dolar.

Berdasarkan laporan, ketika dihampiri MT Arman 114 cuba melarikan diri sebelum dikejar ke zon ekonomi eksklusif Malaysia.

Pihak berkuasa Indonesia berjaya melakukan rampasan menerusi bantuan pihak berkuasa Malaysia yang mengerahkan tentera maritim khas menggunakan helikopter.

Pihak berkuasa maritim Indonesia berkata, kapal tangki itu enggan menjawab komunikasi daripada pihak berkuasa Indonesia, mematikan sistem maklumat perkapalan dan tidak mengibarkan bendera.

Bagaimanapun, agensi berkenaan tidak mengaitkan pemindahan itu dengan kerajaan Iran atau menuduh Tehran terbabit sama.

Pada Mei lalu, kedua-dua negara menandatangani perjanjian perdagangan di Jakarta, di mana Presiden Joko Widodo menjadi tuan rumah kepada rakan sejawatannya dari Iran, Ebrahim Raisi, ketika Tehran ingin meningkatkan hubungan perdagangan antarabangsanya. BH

Indonesia rampas kapal tangki berbendera Iran

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf

Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker