Jangan guna kenderaan rasmi untuk politik, exco Selangor diberitahu

Jangan guna kenderaan rasmi untuk politik, exco Selangor diberitahu

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengarahkan semua exco negeri tidak menggunakan kenderaan rasmi mereka ketika menghadiri program politik.

Beliau berkata, ini susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuat kuasa hari ini, selain memaklumkan semua kenderaan rasmi kerajaan negeri akan diserah sehari sebelum hari penamaan calon.



“Kita akan mula hentikan penggunaan kenderaan rasmi sehari sebelum hari penamaan calon, kerana sebaik pembubaran DUN hari ini, masih ada program rasmi yang perlu dihadiri exco termasuk mesyuarat tertentu,” katanya kepada media.

“Saya telah mengeluarkan arahan supaya exco tidak membawa kenderaan rasmi mereka, walaupun tidak salah, ketika program politik sepanjang sebelum hari penamaan.

“Jadi kalau boleh, mereka kena elak untuk menggunakan kenderaan itu kerana ia tidak membawa imej yang baik dan bagi menjamin tatakelola yang betul,” katanya.

Terdahulu, Amirudin menghadiri majlis perhimpunan bulanan menteri besar bersama penjawat awam dan pemimpin masyarakat negeri, di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah.



Pada majlis sama, Amirudin turut menyaksikan penyerahan watikah pembubaran DUN oleh Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor Shafie Taib.

Penyerahan notis dibuat selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN pada Isnin lepas, sekali gus membuka jalan kepada PRN diadakan.

Selangor antara enam negeri akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. FMT

Jangan guna kenderaan rasmi untuk politik, exco Selangor diberitahu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?



Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya

“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin



Janna Nick seronok Dini suka kemas katil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker