Penjara tiga tahun jika jual, miliki jam tangan LGBTQ Swatch

Penjara tiga tahun jika jual, miliki jam tangan LGBTQ Swatch

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap penerbitan berkaitan lesbian, gay, biseksual, transgender ‘queer’ dan ‘plus’ (LGBTQ+) pada jam jenama Swatch.

Perintah melalui warta kerajaan hari ini turut membabitkan larangan penerbitan pada apa-apa koleksi termasuk kotak, pembalut, aksesori atau sebarang benda lain yang berkaitan.



“Pewartaan perintah larangan ini adalah selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.

“Ia menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan terbabit adalah dilarang secara mutlak di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

KDN berkata kerajaan komited mencegah penyebaran unsur yang memudaratkan moral, kepentingan awam dan negara dalam kalangan masyarakat.

KDN mengingatkan individu melanggar perintah itu berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 jika sabit kesalahan.



“Kesalahan itu termasuk mengeluar, mengelilingi, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu dan apa-apa hasil penerbitan larangan,” katanya.

Pada 13 dan 14 Mei lalu, 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri diserbu, dan koleksi jam yang bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan komuniti LGBT turut dirampas.

Koleksi jam yang dirampas itu terdiri daripada pelbagai warna pelangi, simbol yang diterima pakai oleh komuniti LGBT. FMT

Penjara tiga tahun jika jual, miliki jam tangan LGBTQ Swatch



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis



Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal



Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker