Ini syarat Rusia tetapkan untuk akhiri perang

Penduduk melarikan diri daripada serangan bom di bandar Irpin. – Getty

MOSCOW – Rusia mengumumkan senarai tiga tuntutan utama ke atas Ukraine sekiranya Kiev mahu Moscow menamatkan perang dengan segera, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menegaskan, Moscow mahu Ukraine menamatkan tindakan ketenteraan, mengubah perlembagaan untuk menjadi negara neutral, mengiktiraf Semenanjung  Crimea sebagai milik Rusia dan menyerahkan wilayah Luhansk serta Donetsk.

Kata Peskov, Rusia bersedia untuk menghentikan operasi ketenteraan dengan segera sekiranya Kiev memenuhi semua tuntutan tersebut. Menurutnya, Moscow tidak akan menuntut mana-mana wilayah lain di Ukraine.

“Kami benar-benar ingin menamatkan operasi ketenteraan di Ukraine, kami akan menamatkannya. Bagaimanapun, perkara utama yang perlu dilakukan adalah Ukraine menghentikan tindakan ketenteraannya.



“Kiev perlu menghentikan tindakan ketenteraan dan tiada sesiapa  akan ditembak. Ukraine juga perlu meminda perlembagaan bagi  menolak sebarang usaha untuk memasuki mana-mana blok khususnya Pertubuhan Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara.

“Kami juga  menjelaskan bahawa Ukraine perlu mengiktiraf Crimea sebagai hak  Rusia selain memperakui Donetsk dan Lugansk adalah  negara bebas lagi merdeka. Itu sahaja, dan peperangan akan segera dihentikan,” tegas Peskov.

Bulan lalu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menolak tuntutan wilayah oleh Rusia kerana mendakwa ketiga-tiganya milik negara itu.

“Donbas dan Crimea akan kembali kepada Ukraine, secara eksklusif menerusi diplomasi. Kami tidak akan mengambil apa yang bukan hak milik kami dan juga tidak akan menyerahkan tanah air kami,” kata Zelenskyy.



Beliau  dalam satu ucapan yang disiarkan televisyen tempatan kelmarin berikrar untuk membunuh sesiapa sahaja yang menembak orang awam. Ikrar itu disuarakan susulan imej menunjukkan mayat sebuah  keluarga  yang mati di tepi jalan ketika cuba menyelamatkan diri daripada serangan bom di bandar Irpin.

“Seorang lelaki, wanita dan dua kanak-kanak, di tepi jalan, ketika mereka cuba keluar dari bandar untuk menyelamatkan diri.

“Seluruh keluarga (mati). Berapa banyak lagi keluarga telah terbunuh di Ukraine! Kami tidak akan memaafkan dan melupakannya.

“Kami akan menghukum setiap orang yang bertanggungjawab dalam peperangan ini, di tanah kami. Kami akan memburu mereka. Tiada tempat lain di Bumi ini untuk anda melainkan lubang kubur,” tegasnya. – AGENSI



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker