Hamzah suruh Anwar tarik balik lantikan Nurul Izzah

Hamzah suruh Anwar tarik balik lantikan Nurul Izzah

Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menarik balik pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepadanya.

Beliau berkata, amalan nepotisme yang didakwa berlaku dalam PKR tidak boleh diheret sama ke dalam pentadbiran kerajaan kerana ia boleh merosakkan imej.

Katanya, pelantikan itu juga tidak wajar, salah, malah bertentangan sama sekali dengan amalan tadbir urus baik, berintegriti dan bebas rasuah.

“Amalan nepotisme oleh Anwar, yang melantik anaknya sendiri, Nurul Izzah, sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri adalah pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.

“Nepotisme dalam PKR tidak boleh diheret sama ke dalam pentadbiran kerajaan. ‘Walk the talk please’,” katanya dalam kenyataan.

Hamzah yang juga setiausaha agung Bersatu berkata, pro bono bukan alasan untuk menghalalkan nepotisme dan tindakan Anwar mempertahankan pelantikan anaknya adalah sesuatu yang amat memalukan, lebih-lebih lagi ahli perniagaan, Hassan Marican sudah bertindak sebagai penasihat kepada perdana menteri.

“Ternyata Malaysia Madani hanyalah retorik kosong kerana keutamaan perdana menteri nampaknya lebih terarah kepada ahli keluarga sendiri berbanding menyelesaikan isu kos sara hidup, menangani cabaran ekonomi serta meneroka pasaran baharu untuk Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Anwar berkata, pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan perdana menteri dibuat kerana beliau berkelayakan.

Katanya, Nurul Izzah mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat, sekali gus dilantik bagi membantunya di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan. FMT

Hamzah suruh Anwar tarik balik lantikan Nurul Izzah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker