Abu Dhabi bandar paling selamat dunia, Kuala Lumpur ditempat 358

Abu Dhabi bandar paling selamat dunia, Kuala Lumpur ditempat 358

BANGKOK – Ibu negara Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi dinobatkan sebagai bandar paling selamat di dunia dengan perolehan skor 11.2 pada Indeks Jenayah dan 88.8 pada Indeks Keselamatan.

Senarai bandar paling selamat di dunia itu diterbitkan menerusi Indeks Jenayah dan Indeks Keselamatan Bandar tahun 2023 oleh Numbeo selaku pangkalan data global terbesar yang menjadi rujukan orang awam.



Empat bandar paling selamat yang menduduki tangga lima teratas ialah Doha di Qatar (85.6), Taipei di Taiwan (85.0), Ajman di UAE (84.6) dan Sharjah di UAE (84.3).

Sementara itu, Chiang Mai memperoleh skor 75.5 pada Indeks Keselamatan dan skor 24.5 pada Indeks Jenayah. Bandar di utara Thailand itu dinobatkan sebagai bandar paling selamat di Asia Tenggara dan menduduki tempat ke-31 di dunia.

Kuala Lumpur pula tersenarai sebagai bandar ke-358 paling selamat di dunia dengan skor 37.1 pada Indeks Keselamatan dan skor 62.9 pada Indeks Jenayah.

Antara bandar paling selamat yang terkenal termasuk Taipei yang menduduki tempat ketika secara keseluruhan dan tempat pertama di Benua Asia. Bandar Raya Quebec paling selamat di Amerika Utara dan keenam secara keseluruhan.



Bandar San Sebastian di Sepanyol adalah paling selamat di Eropah dan menduduki tangga ke-8 secara keseluruhan. Bandar Amerika Syarikat (AS) yang paling selamat ialah Irvine di Los Angeles yang menduduki tempat ke-26

Kedudukan sebaliknya menyaksikan Caracas di Venezuela disenaraikan sebagai bandar paling tidak selamat di dunia apabila memperoleh skor 83.6 pada indeks jenayah dan cuma 16.4 pada indeks keselamatan.

Indeks Keselamatan diukur berdasarkan persepsi keselamatan penduduk ketika berjalan bersendirian pada waktu siang dan malam, manakala Indeks Jenayah mengambil kira kadar jenayah di bandar-bandar.

Indeks tersebut menyenaraikan sejumlah 421 bandar di seluruh dunia. K Online



Abu Dhabi bandar paling selamat dunia, Kuala Lumpur ditempat 358

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan



Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker