Mahathir selar dakwaan cuba rasuah Agong

Mahathir selar dakwaan cuba rasuah Agong

Mahathir Mohamad mengkritik dakwaan pihak tidak dikenali di Internet yang mengaitkannya dengan cubaan merasuah Yang di-Pertuan Agong sebanyak RM1 bilion bagi menukar kerajaan.

Bekas perdana menteri tidak menamakan sumber yang dirujuknya, bagaimanapun isu itu dipercayai mempunyai kaitan dengan laporan polis pegawai ketua pembangkang Ikhwan Fadhli semalam.



Laporan polis itu turut menepis dakwaan yang turut mengaitkan nama majikannya Hamzah Zainuddin.

“Tolong buktikan saya buat perkara ini. Buat kenyataan dan sembunyikan identiti itu penakut namanya.

“Dalam rasuah, kedua-dua pemberi dan penerima sama-sama bersalah.

“Adakah penulis ini hendak kata Agong juga patut ditangkap kepada makan rasuah? Adakah dia ada bukti Agong ambil RM1 bilion dari saya?” kata Mahathir.



Dakwaan di Internet bagaimanapun mendakwa hanya terdapat cubaan melakukan perkara itu.

Malaysiakini tidak mendedahkan butiran lanjut dakwaan itu kerana tidak dapat membuktikan kesahihannya.

Dua hari lalu, Azman Abidin, setiausaha politik Anwar Ibrahim, menggesa polis menyiasat dakwaan terdapat pihak sanggup menyediakan dana RM1 bilion untuk menjatuhkan kerajaan.

Dakwanya, ia sebahagian daripada usaha yang dinamakan Langkah Dubai.



Bagaimanapun tidak jelas sama ada dia merujuk kepada blog sama yang diadukan Ikhwan kepada pihak polis. Mk

Mahathir selar dakwaan cuba rasuah Agong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker