Mursyidul Am ulangi nasihat agar PAS dan UMNO jangan serang sesama sendiri

Susulan daripada pertemuan positif Abdul Hadi dan Zahid Hamidi

 

ARAU: Pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini disifatkan sebagai perkembangan positif dalam usaha menyelamatkan Muafakat Nasional (MN).

Meskipun belum ada sebarang kenyataan daripada kedua-dua belah pihak, usaha itu bagi memberi sinar kepada penyatuan ummah yang sememangnya diperlukan dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Justeru, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menasihatkan semua pihak sama ada daripada Pas dan UMNO supaya mengelak menyerang sesama sendiri sebaliknya melakukan perkara ke arah mengembalikan agenda penya­tuan ummah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Hashim berkata, seperti yang beliau nyatakan sebelum ini rundingan antara Pas dan UMNO sentiasa berjalan dan usaha ke arah menyelamatkan MN tidak pernah berhenti.

Katanya, kewajipan terhadap penyatuan ummah bukan bergantung kepada parti atau individu tertentu sebaliknya ia adalah tuntutan di dalam agama Islam itu sendiri.

“Semua pihak UMNO, Pas termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), elak melakukan perkara meme­cahbelahkan agenda penyatuan ummah ini.

“Elak dari segi kata-kata, komen atau kenyataan yang boleh mengeruhkan hubu­ngan.

“Saya yakin, semua pihak sedar kalau kita berpecah ia akan merugikan dan hanya memberi kelebihan kepada pihak lawan. Pas tidak pernah tutup pintu rundingan menyelamatkan MN ini,” katanya.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, pertemuan Ahmad Zahid dan Abdul Hadi yang dikatakan berlangsung Selasa lalu menguatkan cakap-cakap MN dihidupkan kembali bagi mengelakkan pertembu­ngan kedua-dua parti itu dalam PRU15.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas kekal dengan pendirian menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai rakan ta’awun, sekali gus tidak bersetuju de­ngan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambar- kan BN sebagai musuh pada PRU15.

Piagam MN dimeterai UMNO dan Pas pada 14 September 2019. Ia antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

Piagam berkenaan ditandatangani kedua-dua presiden parti itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur dalam Himpunan Penyatuan Ummah

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker