Mahathir bersedia jadi PM kali ketiga

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga sekiranya ramai pihak terus mendesaknya mengambil tanggungjawab tersebut.Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, bagaimanapun sekiranya kembali menjadi Perdana Menteri, beliau berkemungkinan tidak merancang menjawatnya sehingga tempoh lima tahun.“Kalau nak fikir tentang kedudukan, saya lebih suka kalau boleh berehat. Tetapi walaupun berehat, saya akan main peranan sebagai pakar rujukan atau memberi nasihat. Itu boleh buat.

“Tapi kalau desakan demi desakan datang, saya nak fikir tentang diri sendiri, susah. Jadi, kalau desakan datang sampai tidak ada orang lain dah, saya terimalah.

“Tetapi, tidak bolehlah sampai lima tahun. Mungkin satu tahun sahaja,” katanya ketika ditanya berkenaan soal kesediaan beliau untuk dipilih sebagai Perdana Menteri dalam satu program bual bicara sempena sesi kemuncak Konvensyen Penerangan Tanah Air yang disiarkan secara langsung di Youtube, pada Sabtu.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) baru-baru ini mengakui, ramai pihak mahu beliau mengemudi negara sekali lagi namun menyatakan masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, hasranyat menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan gerakan terbaharu itu bukan berniat untuk dirinya kembali menjadi Perdana Menteri.

“Saya cuma nak tentukan dasar menolong orang Melayu dapat dilaksanakan oleh kerajaan yang prihatin dan sayang kepada bangsa, negara dan agama,” katanya yang merupakan Pengerusi Pejuang.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker