Jangan Tertipu ‘Pembungkusan’ Politik, Nilai Kualiti Sebenar Bukan Gelaran – Shaiful Hazizy

Jangan Tertipu ‘Pembungkusan’ Politik, Nilai Kualiti Sebenar Bukan Gelaran – Shaiful Hazizy

Jangan Tertipu ‘Pembungkusan’ Politik, Nilai Kualiti Sebenar Bukan Gelaran – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 2 Mac – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, menyifatkan dakwaan bahawa pelantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional menandakan “fasa baharu politik pembangkang” sebagai sesuatu yang perlu dilihat secara objektif dan rasional.

Menurut beliau, pertukaran individu dalam sesebuah gabungan politik tidak semestinya membawa perubahan dari segi dasar atau pendekatan pentadbiran.

“Struktur parti, ideologi dan komposisi gabungan masih kekal sama. Maka persoalannya, apakah perubahan sebenar yang ditawarkan kepada rakyat?” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mempersoalkan sama ada pelantikan tersebut sekadar strategi penjenamaan semula bagi meraih sokongan pengundi atas pagar.

“Takkan hanya nak mempertaruhkan gelaran ‘Dr’ untuk cuci dosa tunggang dan mempergunakan agama demi mendapat sokongan?” soalnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara


Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa rakyat kini lebih matang dan tidak mudah terpengaruh dengan naratif gelombang baharu tanpa disertakan rekod pencapaian yang jelas.

“Apa yang dinilai rakyat hari ini ialah rekod pentadbiran, kestabilan politik, kemampuan menarik pelaburan serta penyelesaian konkrit terhadap isu kos sara hidup dan peluang pekerjaan,” ujarnya.

Beliau turut membangkitkan persoalan berhubung rekod pentadbiran Ahmad Samsuri di Terengganu, termasuk aspek pertumbuhan ekonomi dan pelaburan negeri.

“Ini bukan analisa emosi politik. Fakta boleh bercakap dan menyatakan kebenaran,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa rakyat di Kedah khususnya memerlukan kestabilan dan hala tuju pembangunan yang jelas, bukan eksperimen politik atau percaturan kuasa dalaman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid


UMNO Kedah, katanya, kekal konsisten menawarkan pendekatan berasaskan pengalaman, kestabilan dan pentadbiran inklusif untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan penampilan luaran semata-mata dalam menilai kepimpinan politik.

“Kalau kita nak beli sesuatu jangan terpedaya dengan ‘pembungkusannya’. Ambil masa untuk tengok review ataupun kaji kualiti sebenar. Jangan kita terpedaya dengan ulasan ‘kangkung’ daripada seorang profesor yang sudah kelam dan mabuk menjual agama,” tegasnya.

Beliau menambah, perubahan sebenar tidak terletak pada individu semata-mata, sebaliknya pada keupayaan melaksanakan dasar secara berkesan dan konsisten demi kepentingan rakyat. – UMNO Online

Jangan Tertipu ‘Pembungkusan’ Politik, Nilai Kualiti Sebenar Bukan Gelaran – Shaiful Hazizy


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker