Aaron-Wooi Yik perlu bangkit di Seluruh England

Aaron-Wooi Yik perlu bangkit di Seluruh England

Aaron-Wooi Yik perlu bangkit di Seluruh England
AARON dan Wooi Yik dimalukan beregu dari Perancis di Terbuka Jerman.

Kuala Lumpur: Barisan beregu lelaki negara perlu tampil pada tahap maksimum jika mahu memburu kejuaraan Seluruh England bermula esok, dengan kekalahan mengejut di Terbuka Jerman kelmarin menjadi peringatan awal menjelang kejohanan berprestij itu.

Beregu nombor dua dunia, Aaron Chia Soh Wooi Yik tersingkir seawal pusingan kedua selepas tewas 15-21, 22-24 kepada pasangan Perancis, Julien Maio William Villeger baru-baru ini, keputusan yang menimbulkan persoalan terhadap prestasi mereka menjelang aksi di Birmingham.

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menegaskan anak buahnya perlu mempamerkan aksi terbaik dan lebih tajam kerana hanya prestasi pada tahap maksimum mampu membawa mereka muncul juara.

Menurutnya, kejohanan seperti All England menuntut tahap fokus, strategi dan ketahanan mental yang tinggi jika mahu bersaing dengan kelompok beregu elit dunia

“Di Jerman Aaron Wooi Yik belum berada pada tahap maksimum dari segi fokus dan pelaksanaan strategi kerana perancangan utama adalah untuk Seluruh England.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa


“Namun di Seluruh England mereka perlu bermain pada tahap maksimum. Jika berjaya lakukan itu, saya percaya mereka mampu pergi jauh dan berpeluang ke final,” katanya.

Herry berkata, keadaan fizikal dan mental semua pemain berada pada tahap baik menjelang kejohanan bertaraf Super 1000 itu dan beliau optimis barisan beregu negara mampu mempamerkan wajah sebenar.

Aaron Wooi Yik dijadual membuka kempen menentang pasangan Amerika Syarikat, Chen Zi Yi-Presley Smith.

Sebagai rekod, juara dunia 2022 itu pernah dua kali muncul naib juara Seluruh England pada 2019 dan 2024 selepas tewas di pentas akhir kepada pasangan Indonesia, sekali gus membuktikan mereka memiliki keupayaan untuk melangkah jauh jika beraksi pada tahap sebenar.

Aaron-Wooi Yik perlu bangkit di Seluruh England


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MPs express disappointment as PM term limit amendment fails by two votes

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker