6 lelaki berjudi semasa penduduk solat tarawih

6 lelaki berjudi semasa penduduk solat tarawih

6 lelaki berjudi semasa penduduk solat tarawih
Keenam-enam suspek berjudi ketika penduduk tempatan menunaikan solat tarawih. – Merdeka

JAKARTA – Enam lelaki di Pringsewu, wilayah Lampung ditahan kerana berjudi ketika penduduk tempatan menunaikan solat tarawih, lapor portal berita Merdeka.

Tangkapan dibuat sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan) di daerah Gadingrejo, baru-baru ini.

Ketua Perhubungan Awam Polis Pringsewu, AKP Priyono berkata, enam suspek yang diberkas berusia antara 31 tahun sehingga 70 tahun.

“Kegiatan judi itu berlaku ketika warga setempat menunaikan solat tarawih.

“Pegawai turut merampas beberapa bahan bukti termasuk wang tunai berjumlah 142,000 rupiah (RM36), telefon bimbit, tiga buka nota dan enam cebisan kertas yang mengandungi nombor ekor,” kata Priyono.

Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Pringsewu untuk tindakan lanjut. – AGENSI

6 lelaki berjudi semasa penduduk solat tarawih

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MPs express disappointment as PM term limit amendment fails by two votes

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker