Calon PN mengaku ceramah tak dapat sambutan

Calon PN mengaku ceramah tak dapat sambutan

Calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat mengakui ceramah parti itu di Pelangai kurang mendapat sambutan memandangkan kawasan itu kubu kuat Umno.

Meskipun begitu Kasim ataupun lebih dikenali sebagai Cikgu Kasim tidak melihat kempen PN lemah, sebaliknya dia selesa berkempen dari rumah ke rumah.



“Saya tidak lihat kempen PN agak lemah, tetapi kaedah pergi ke rumah-rumah adalah lebih baik.

“Apabila kita buat seperti ceramah, ceramah kelompok saya tidak yakin ramai masyarakat tempatan yang hadir. Sebab kawasan ini dikenali sebagai kubu kuat Umno.

“Untuk munculkan diri mereka dalam aktiviti besar sebegini, (mereka) segan,” katanya ketika ditemui ketika berkempen di Felda Chemomoi, dekat Bentong semalam.

Sebelum ini dilaporkan ceramah PN di Pelangai yang merupakan kubu kuat BN gagal mendapat sambutan masyarakat.



Ceramah PN di Felda Chemomoi yang dihadiri Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pada 23 Sept lalu menyaksikan banyak kerusi kosong.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Begitu juga malam kelmarin, Pentas Anak Muda PN yang diadakan di Dataran Purnama, Simpang Pelangai hanya dihadiri hampir 200 orang.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Johari Harun dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Okt sebagai hari pengundian bagi memilih wakil rakyat baru kawasan itu.



Pilihan raya kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, PN dan Bebas.

Pada pilihan raya umum lalu allahyarham Johari memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan Kasim yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi). Mk

Calon PN mengaku ceramah tak dapat sambutan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker