Malaysia kutuk serangan berani mati di Ankara

Malaysia kutuk serangan berani mati di Ankara

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan berani mati di Ankara semalam sehingga mencederakan dua orang pegawai polis.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, sebagai tanda solidariti bersama Türkiye dan seiring dengan pendirian masyarakat antarabangsa, Malaysia menentang penuh sebarang bentuk tindakan keganasan bertujuan mengganggu proses politik yang sah.



Bagaimanapun, Wisma Putra mengesahkan tiada laporan mana-mana rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu.

“Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang memantau perkembangan terkini dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Rakyat Malaysia di Türkiye digesa untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi nasihat daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya hari ini.

Dalam kejadian terkutuk itu, dua penyerang meletupkan bom di hadapan bangunan kerajaan Turki di Ankara menyebabkan kedua-dua penyerang maut dan dua pegawai polis cedera.



Kumpulan miltan Kurdish mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. Utusan

Wisma Putra berkata, sekiranya memerlukan bantuan, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul boleh dihubungi seperti di butiran berikut:

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara
No. Telefon : 00 (90-312) 44635 47 / 48
00 (90 – 5078128406) (Telefon bimbit)
Emel : [email protected]

Konsulat Malaysia di Istanbul
No. Telefon : 00 (90-212) 989 10 01
Emel : [email protected]



Malaysia kutuk serangan berani mati di Ankara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker