Hameediyah Multi Concept, nasi kandaq ‘fine dining’ di Bukit Bintang

Hameediyah Multi Concept, nasi kandaq ‘fine dining’ di Bukit Bintang

Jenama nasi kandar tertua di negara ini, Kumpulan Hameediyah mengambil langkah berani dengan membuka cawangan restoran terbaharunya di Bukit Bintang, sekali gus menjadi pelaburan terbesar bernilai jutaan ringgit kumpulan.

Abdul Sukkoor Syed Ibrahim berkata, di restoran baharu ini, pihaknya masih mengekalkan cita rasa nasi kandar yang popular namun dengan lokasi lebih premium untuk dinikmati warga tempatan atau pelancong dari luar negara.



“Kami memilih lokasi di tengah-tengah bandar kerana kami dapati sukar melihat restoran India Muslim di sini. Menariknya, restoran baharu ini adalah multi konsep dan bukan seperti restoran nasi kandar biasa.

“Kami menawarkan keenakan makanan yang sama seperti di Pulau Pinang namun berkonsepkan fine dining yang memberikan keselesaan kepada pelanggan,” katanya ketika majlis pelancaran Restoran Hameediyah di Bukit Bintang, baru-baru ini.

Menurut Abdul Sukkoor, restoran terbaharu ini merupakan cawangan keenamnya dan yang kedua di Lembah Klang selepas pembukaan Restoran Hameediyah cawangan Ampang pada Ogos 2018.

“Di masa akan datang, kami dalam perancangan untuk membuka sembilan lagi cawangan termasuk di Ipoh, Perak; Melaka dan Johor,” ujarnya.



Menceritakan keunikan restoran berbilang konsep baharu ini, beliau berkata, restoran lima tingkat ini mempunyai konsep yang berlainan untuk setiap aras.

“Di aras satu, pelanggan boleh menikmati nasi kandar dengan suasana bistro moden, dilengkapi dengan ruang berhawa dingin atau balkoni bagi memberi pelanggan merasai suasana dan kesibukan di Bukit Bintang.

“Kemudian, di aras dua terletaknya galeri atau muzium kecil Hameediyah di mana anda boleh menyaksikan peralatan memasak tradisional zaman dahulu, menikmati warisan dan sejarah Hameediyah sambil menjamu selera.

“Pelanggan juga boleh menjamu selera dengan suasana suasana elegan di mana makanan anda disediakan dengan teknik masakan moden dan disajikan di meja anda, manakala di aras empat merupakan hab operasi restorn.



“Lebih menarik, aras lima atau bumbung turut digunakan sepenuhnya sebagai satu bar rehat berkonsepkan terbuka yang membolehkan anda boleh bersantai dengan rakan sambil menikmati angin malam di Bukit Bintang,” ujarnya. Utusan

Hameediyah Multi Concept, nasi kandaq ‘fine dining’ di Bukit Bintang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker