Polis kejar 2 pikap curi kabel sejauh 15km

2 suspek diburu

Polis kejar 2 pikap curi kabel sejauh 15km

TEMERLOH: Polis mengejar dua pikap yang disyaki mencuri kabel di hadapan Stesen Minyak Petronas, di Kilometer 4 Jalan Maran, Temerloh, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata kedua-dua kenderaan terbabit terus memecut ketika kenderaan polis (MPV) tiba di lokasi kejadian.



MPV mengejar dan cuba menghalang dua kenderaan itu hingga persimpangan Kampung Charuk Puting.

“Kita turut minta bantuan sebuah lagi MPV dan Unit Rondaan Bermotosikal dan sampai di kebun kelapa sawit berdekatan Kampung Batu Bor, Chenor.

“Sebuah Hilux berwarna putih merempuh pagar dawai di kebun terbabit sebelum hilang kawalan, terbabas serta terbalik,” katanya hari ini.

Dua suspek lelaki yang berada dalam Hilux putih melarikan diri ke hutan. Pemeriksaan pikap yang terbabas menemui 50 batang kabel optik yang dipotong, berukuran satu meter setiap satu.



Mazlan berkata, Unit Anjing Pengesan K9 dipanggil untuk membantu mengesan suspek yang melarikan diri.

Polis menemukan 43 kabel besar, 43 kabel kecil, sebuah Hilux berwarna putih, pemotong kabel, kad pengenalan, sebuah telefon bimbit dan satu tali pita merah dan dianggarkan kerugian RM10,000. BH

Polis kejar 2 pikap curi kabel sejauh 15km

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua



Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker