Pochettino mahu anak buah rasa tekanan sebelum Piala Dunia

Pochettino mahu anak buah rasa tekanan sebelum Piala Dunia

Pochettino mahu anak buah rasa tekanan sebelum Piala Dunia
POCHETTINO perlukan situasi yang buat pemain rasa gugup. FOTO AFP

Houston: Ketua jurulatih Amerika Syarikat (AS), Mauricio Pochettino, menyifatkan aksi final Piala Emas CONCACAF menentang Mexico awal pagi esok sebagai peluang terakhir skuadnya beraksi dalam tekanan sebenar sebelum menghadapi Piala Dunia tahun depan.

Kedua-dua pasukan sudah pun melayakkan diri secara automatik sebagai tuan rumah bersama edisi 2026, sekali gus tidak perlu melalui pusingan kelayakan yang kebiasaannya menjadi medan persediaan utama bagi kejohanan terbesar bola sepak dunia itu.

Selepas final di Stadium NRG, Houston, AS dijadual menentang Korea Selatan dan Jepun dalam dua perlawanan persahabatan pada September depan.

“Ini perlawanan yang baik untuk kami. Mungkin ini perlawanan terakhir yang akan kami hadapi dalam suasana penuh tekanan, dan itulah yang kami perlukan,” kata Pochettino kepada media.

“Apabila semua aksi selepas ini hanya perlawanan persahabatan, ia tidak cukup untuk merasai tekanan sebenar. Kami perlukan situasi yang buat pemain rasa gugup, rasa tegang… sebab itulah realitinya bila sampai ke Piala Dunia nanti.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


 

Jurulatih berusia 52 tahun itu turut memulakan sidang media dengan menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa banjir kilat di Texas yang meragut sekurang-kurangnya 43 nyawa termasuk 15 kanak-kanak.

“Pertama sekali, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada semua yang terkesan dengan tragedi banjir di Texas. Ia satu situasi menyedihkan dan kami bersolidariti dengan semua keluarga mangsa,” katanya dengan penuh empati.

Pochettino mahu anak buah rasa tekanan sebelum Piala Dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker