Cadangan guna dinar ‘dirujuk semula’- Anwar

Cadangan guna dinar ‘dirujuk semula’- Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan “merujuk semula” cadangan menggunakan dinar sebagai mata wang perdagangan antarabangsa bagi mengurangkan kebergantungan Ringgit Malaysia kepada Dolar Amerika Syarikat (USD).

Beliau berkata, penggunaan dinar adalah cadangan yang baik dan memberikan alternatif kepada negara.



“Ia tidak merugikan negara, malah memperkukuhkan kekuatan dalaman domestik ekonomi negara masing-masing.

“Negara Islam terutamanya biasa dengan kedudukan dinar,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) yang mencadangkan penggunaan dinar sebagai mata wang perdagangan antarabangsa, dan sama ada ia akan menghadapi tentangan daripada negara yang menggunakan USD.

Sementara itu, Anwar berkata walaupun cadangan penggunaan dinar sejak 1990-an tidak mendapat sambutan serius, ia akan menjadi salah satu topik perbincangan mengenai ekonomi dan kewangan Islam di Kuala Lumpur Disember ini.



“Jika pada masa ini kita mula menggunakan dinar dengan 5% hingga 6% negara Islam, ia akan menjadi permulaan yang positif kerana ia memberikan kekuatan dan mengurangkan pergantungan kepada dolar,” katanya.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata dinar memberikan alternatif kerana boleh mengukuhkan kuasa ekonomi domestik sesebuah negara.

“Negara-negara Islam khususnya, pasti sudah biasa dengan kedudukan dinar.

“Tambahan pula terdapat pertumbuhan melebihi USD1 trilion dalam industri halal,” katanya. FMT



Cadangan guna dinar ‘dirujuk semula’- Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly Mazlein perli siapa?



Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?

Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’



Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker