Anwar beri bayangan bertanding Parlimen Tambun

PRU15

Anwar beri bayangan bertanding Parlimen Tambun

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan untuk bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Beliau berkata, ia susulan Konvensyen Pakatan Harapan (PH) akan diteruskan di Perak meskipun terpaksa meminda tarikh baharu dari 29 Oktober kepada 20 Oktober ini.



“Tambun antara kawasan yang saya beri perhatian, saya belum muktamadkan. Saya belum bincang dengan jawatankuasa. Dia kena ada Jawatankuasa Cabang, Negeri, JPRP, baru ke saya (putuskan).

“Mereka pun belum bagi cadangan, siapalah saya,” selorohnya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Pada 2 Oktober lalu, DAP Perak mengalu-alukan Presiden PKR itu untuk bertanding di kerusi Parlimen di Perak.

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, ketokohan Anwar amat diperlukan dalam usaha memenangkan PH di negeri itu.



Sementara itu, Anwar belum memuktamadkan untuk bekerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada PRU-15 akan datang.

Bagaimanapun beliau khuatir pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin berubah untuk bekerjasama dengan beliau dan PH.

“Saya fikir mungkin (kerjasama), jangan ganggu saya. Kita akan terus pantau kerana minggu depan dia akan cakap lain, tapi boleh dengar dan hormat,” katanya lagi. MG

Anwar beri bayangan bertanding Parlimen Tambun




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung



Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker