Saya tiada niat untuk provokasi sesiapa – pereka fesyen

Saya tiada niat untuk provokasi sesiapa – pereka fesyen

Penganjur Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) mengakui wujudnya isu membabitkan pereka fesyen dan model pada acara yang diadakan selama lima hari

Pengasas KLFW, Andrew Tan, berkata pihaknya mengambil maklum isu berkenaan akan beberapa isu yang timbul pada acara yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di sini, minggu lalu.



“Saya ambil maklum dan untuk acara selepas ini kita mungkin akan lihat garis panduan yang sesuai untuk dilaksanakan supaya perkara sama tidak berulang,” katanya kepada BH, hari ini.

Isu yang berlaku termasuk seorang pereka fesyen memakai songkok seolah-olah mempersendakan agama menerusi pemakaiannya sempena KLFW di ibu negara.

Tindakan lelaki itu tular di media sosial apabila memakai songkok dengan gaya baju separa bogel sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Selain itu, di pentas sama, penyanyi Noh Salleh muncul sambil memegang rokok yang tidak dinyalakan ketika memperagakan pakaian hingga Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut tampil menyelar tindakan itu.



Sementara itu, pereka fesyen Kel Wen ketika dihubungi mengakui sebagai seorang yang bukan beragama Islam, dia tidak tahu pemakaian songkok dengan seluar pendek adalah tidak sopan.

Katanya, dia sering memakai songkok kerana baginya ia adalah sebahagian daripada pakaian tradisional Baju Melayu yang sekali gus menunjukkan semangat kenegaraan.

“Saya tiada niat untuk memprovokasi sesiapa apabila memakai songkok dengan pakaian sedemikian.

“Saya cuma mahu menunjukkan semangat perpaduan apabila seorang bangsa lain memakai sebahagian daripada pakaian tradisional bangsa lain.



“Saya akui salah dan saya juga seperti semua orang yang sering melakukan kesalahan,” katanya.

Kel Wen berkata, walaupun mendapat kecaman teruk daripada pelbagai pihak namun dia tidak akan berhenti memakai songkok yang sudah biasa dipakai sejak zaman kecil lagi.

“Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati mengenakan songkok dengan pakaian yang lebih sesuai bagi mengelak menyinggung perasaan orang lain,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap individu yang melakukan provokasi terhadap Islam di KLFW baru-baru ini.



Beliau menegaskan tindakan segera bagi memastikan perkara seumpama itu dapat dibendung dan dijadikan pengajaran kepada semua pihak. BH

Saya tiada niat untuk provokasi sesiapa – pereka fesyen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan



Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker