GTA Alat Mahathir Untuk Khianati Orang Melayu Lagi?

Oleh Tun Teja

GENERASI muda mungkin tidak mengenali siapa sebenarnya Mahathir Mohamad namun bagi mereka yang tahu sejarah pembabitan beliau dalam politik tahu bagaimana Mahathir “naik” dengan menganiaya ramai pemimpin hebat negara.

Desas desus turut bertiup kencang mengatakan Mahathir secara peribadi berdendam dengan orang Melayu maka beliau tidak pernah mempunyai belas kasihan terhadap bangsa yang menjadi tuan Tanah Melayu ini. Oleh kerana itu, dasar-dasar yang Mahathir buat ketika menjadi PM lebih menguntungkan bangsa bukan Melayu.



Viral di media sosial ketika ini satu poster yang memaparkan senarai penganiayaan yang Mahathir lakukan terhadap para pemimpin negara dan beberapa individu lain yang mengancam kedudukan beliau. Mahathir ini juga terkenal sebagai seorang pendendam.

Pada 4 Ogos 2022 tiba-tiba Mahathir melancarkan gagasan baharu kononnya berteraskan agenda Melayu dan Islam dikenali sebagai Gerakan Tanah Air (GTA).

Mengenali Mahathir yang mempunyai sejarah menganiaya ramai pemimpin hebat, tindakan beliau menubuhkan GTA dilihat sangat bertentangan dengan peribadi Mahathir yang sanggup menyuruh rakyat “ikat perut” dan menderma pada kerajaan Pakatan Harapan(PH) sedangkan beliau sebagai PM PH ketika itu sepatutnya menjaga rakyat.



Apa yang jelas, rakyat melihat Mahathir hanya mempergunakan GTA untuk mengkhianati orang Melayu lagi.

Mahathir berkata, nama GTA dipilih kerana ia gambaran suatu perjuangan yang cintakan tanah air. Rakyat tahu bagaimana kekayaan negara disedut, disapu dan disamun melalui skandal Forex, skandal songlap mega Bumiputera Malaysia Finance (BMF), skandal Perwaja, skandal Maminco-Makuwasa, skandal MAS, skandal Bakun dan lain-lain lagi ketika era Mahathir.

Rakyat atau lebih tepat orang Melayu Islam tidak pernah ada dalam agenda perjuangan Mahathir. Perjuangan beliau hanya berteraskan “poket” dan dendam terhadap orang Melayu.

Oleh itu perjuangan Mahathir melalui GTA hanya sekadar “bull” dan “shit” semata-mata.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker