Whoscall: aplikasi sekat scammer, perangi penipuan

Whoscall: aplikasi sekat scammer, perangi penipuan

Tempoh beberapa tahun kebelakangan ini memang membawa pelbagai cabaran kewangan untuk ramai orang yang kini bertatih melalui proses pemulihan pascapandemik.

Bagaimanapun, keadaan mencabar seperti ini juga membuka jalan bagi golongan penipu yang pantas mencari peluang untuk menjadikan mereka yang kurang bernasib baik sebagai mangsa khususnya bagi yang mengalami masalah kewangan, seterusnya meletakkan ramai rakyat Malaysia dalam keadaan berisiko.



Menurut statistik rasmi kerajaan, lebih 51,000 kes penipuan dalam talian telah dilaporkan antara 2019 hingga 2021, yang mengakibatkan kerugian RM1.61 bilion.

Di Selangor saja, kerugian sebanyak RM59.6 juta direkodkan akibat penipuan dalam talian dalam tempoh enam bulan pertama 2022.

Selepas pelancaran Kempen Anti-Scam PDRM pada 29 Jun, Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata, “Berdasarkan siasatan kami, kebanyakan (daripada RM59.6 juta itu) telah dipindahkan ke luar negara yang seterusnya mengakibatkan kerugian terhadap ekonomi negara.”

Malangnya, bagi ramai mangsa, penipuan seperti itu menghancurkan kewangan mereka, malah ada juga kes yang berakhir dengan mangsa ditahan tanpa kerelaan mereka.



Antara penipuan atau ‘scam’ yang popular termasuk:

Scam kerja – menjanjikan kerja bergaji tinggi yang berpotensi mengakibatkan mangsa diculik dan dipaksa bekerja di luar negara.

Scam Macau – menyamar sebagai pegawai polis/bank untuk memaksa mangsa memindahkan wang.

Scam keldai akaun – membayar sedikit wang untuk “meminjam” akaun bank seseorang bagi tujuan menerima dana haram.



Scam pelaburan/permainan wang – menjanjikan pulangan luar biasa, tetapi prinsipal dan/atau pulangan tidak dibayar.

Pinjaman haram – pinjaman faedah kompaun yang tinggi atau tidak wujud, yang mengakibatkan hutang lebih besar jauh menjangkaui jumlah pinjaman asal.

Scam percintaan (“catfishing”) – berpura-pura bercinta untuk menerima hadiah atau wang tunai.

Scam KWSP – tawaran palsu untuk membantu dalam pengeluaran dana KWSP dengan bayaran tertentu.



Scam hadiah – “memenangi” hadiah tetapi perlu membayar yuran sebelum menerimanya.

Pakar kriminologi P Sundramoorthy dari Universiti Sains Malaysia mengakui bimbang dengan semakin banyak taktik inovatif digunakan pihak ‘scammer’ dan usaha mereka mewujudkan senario yang lebih realistik lagi boleh dipercayai semata-mata dalam usaha memerangkap mangsa.

“Walaupun pelbagai maklumat mengenai penipuan dalam talian serta sosial media telah didedahkan, masih ramai rakyat Malaysia mudah terpengaruh dan mudah percaya, malah tidak mustahil ada yang sengaja tidak mengendahkan amaran-amaran yang telah diberikan.”

Faktor penyumbang lain yang dikenal pasti sebagai punca kelemahan adalah sifat tamak dan terdesak, iaitu kesan akibat desakan kewangan susulan pandemik selain tekanan akibat inflasi yang mengakibatkan kos sara hidup semakin tinggi.



“Mangsa juga kecewa dengan penguatkuasaan dan kesukaran menebus semula kerugian, apabila kedua-dua perkara ini terikat dengan undang-undang sedia ada. Sepatutnya pindaan undang-undang dibuat bagi mengatasi kekurangan yang wujud dalam sistem kita,” tambahnya.

Pembelian dalam talian menyumbang kepada jumlah aduan tertinggi dengan 18,857 kes, diikuti pinjaman yang tidak wujud dengan 15,546 kes.

Timbalan menteri dalam negeri Jonathan Yasin baru-baru ini berkata, “(Helpline) Pusat Respon Penipuan JSJK 03-2610 1559 juga diwujudkan untuk membolehkan orang awam mendapat maklumat dan mengesahkan panggilan untuk transaksi yang diragui. Talian itu boleh dihubungi dari jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari.”

Malah, inisiatif serupa oleh pihak berkuasa di seluruh dunia secara aktif menghimpunkan maklumat daripada laporan mengenai penipuan setiap hari, yang berjaya mewujudkan pangkalan data nombor telefon digunakan oleh golongan ‘scammer’.



Sebagai langkah tambahan, Gogolook iaitu pasukan dari Taiwan di sebalik aplikasi Whoscall ini, mengambil maklumat dari pangkalan data berkenaan, selain menggunakan 100 juta penggunanya secara “crowdsource” terhadap lebih 14 bilion nombor dan SMS yang dikenal pasti.

Pangkalan data proprietarinya kini yang terbesar di Asia Pasifik, dengan lebih 1.6 bilion nombor telefon termasuk yang digunakan oleh golongan penipu.

Mencegah lebih baik daripada merawat

Mangsa selalunya terdedah kepada ‘scammer’ dari detik pertama berhubung – sama ada pesanan teks menerusi SMS atau WhatsApp, atau panggilan telefon. Whoscall dibangunkan khusus untuk bertindak sebagai benteng pertahanan pertama terhadap ancaman seumpama itu.

Pengguna boleh membuat pencarian nombor telefon dari pesanan ringkas atau panggilan diterima, dan membandingkannya dengan senarai nombor Whoscall yang berkemungkinan milik penipu, selain mendedahkan ID pemanggil yang tidak diketahui menggunakan aplikasi percuma mereka.

Man Yong, ketua pemasaran negara Gogolook dan Whoscall Malaysia berkata, “Lebih mudah untuk ‘scammer’ mewujudkan jalan cerita secara rambang bagi mengabui pengguna telefon bimbit, kerana banyak perkara kini dilakukan secara dalam talian/panggilan telefon (dengan menyamar sebagai pegawai LHDN, bank dsb).

“Ramai orang masih tidak dapat membezakan antara panggilan ‘scam’ atau ‘spam’ seterusnya terjebak menjadi mangsa. Apa yang terbaik adalah untuk langsung tidak menjawab panggilan sebagai benteng pertama pertahanan.

“Bagaimanapun, ini juga sukar dilakukan kerana mungkin ada panggilan yang penting. Seterusnya bagi mengelak sebarang kekeliruan, aplikasi Whoscall dapat mengenal pasti dan memaklumkan anda panggilan itu dibuat dari mana.”

Semakin banyak nombor yang dikenal pasti berbahaya dimasukkan secara berterusan ke dalam pangkalan data mereka, dan pengguna boleh mengemas kini malah membuat penambahan nombor secara manual untuk senarai nombor disekat itu. Ini seterusnya membantu menyumbang ke arah masyarakat yang lebih selamat.

Dengan bayaran hanya RM8.90 sebulan, senarai sekatan Whoscall Premium dikemas kini secara automatik, manakala penyekat panggilan auto-spam turut diaktifkan. Versi premium malah turut merangkumi ciri Smart SMS untuk mengesan pesanan teks berbentuk penipuan, seterusnya sentiasa melindungi pengguna daripada ‘scammer’.

Sama ada sekadar akibat sikap naif atau kekurangan ilmu mengenai isu penipuan dan cara mengelaknya, tahap kesedaran perlu diperbaiki supaya rakyat Malaysia lebih sedar dengan bahaya yang dihadapi.

Whoscall boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store.

Whoscall: aplikasi sekat scammer, perangi penipuan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker