Istana Terima Muhyiddin Mengadap Jam 12

Oleh Nurul Aisyah

PANAS suhu politik Malaysia hari ini. Menurut sumber, Muhyiddin Yassin bakal mengadap Yang DiPertuan Agong pada jam 12 tengahari. Bermacam-macam spekulasi yang dilontarkan.

Persoalan yang paling hangat ketika ini, adakah Muhyiddin masih berusaha meletakkan beberapa orang “proxy” beliau sebagai calon Perdana Menteri? Apa lagi yang tidak “beres” yang cuba disembunyikan dari rakyat? Kalau dia telus, kenapa perlu bertangguh? Ada projek besarkah yang mereka cuba sembunyikan?

Menurut sumber, berdasarkan laporan rasmi Bank Negara Malaysia yang dikeluarkan minggu lepas.

Bagi suku 2 2021 berbanding suku 2 2020:
– Perbelanjaan mengurus naik RM3.3b (6.4%) ke RM55.2b
– Perbelanjaan projek naik 80.7% dari RM7b ke RM12.7b
– bantuan Rakyat dan perbelanjaan berhubung Covid TURUN lebih 57% dari RM22.1b ke RM9.3b

Hutang negara juga naik RM78.8b dalam tempoh 6 bulan sejak akhir tahun ke RM958.4b pada akhir suku 2 2021 dan naik RM104.3b dalam masa setahun dari RM854.1b pada akhir suku 2 2020.

Sebagai perbandingan, hutang negara naik RM86.6b bagi keseluruhan tahun dari RM793b pada akhir tahun 2019 ke RM879.6b pada akhir tahun 2020.

Ini adalah bukti jelas bahawa bantuan Rakyat turun mendadak tahun ini berbanding tahun lepas walaupun perbelanjaan kos projek dan hutang naik mendadak.

Secara rasmi, hutang negara telah naik hampir 50% (RM300b) dari RM686.8b pada akhir 2017 ke RM958.4b pada akhir bulan Jun 2021 dalam tempoh 3 1/2 tahun lepas sahaja.

Mana pergi suara-suara yang pernah kata negara sudah bankrap bawah Najib sebab Najib banyak pinjam?

Tidak benar sama sekali. Sebenarnya kerajaan BN pinjam sekitar RM300b sepanjang tempoh 9 tahun beliau jadi PM berbanding kenaikan RM300b dalam tempoh 3 1/2 tahun lepas.

Perlu juga ingat bahawa walaupun hutang naik RM300b masa Najib jadi PM, aset dan kekayaan negara turut naik RM1.2 trilion dari RM800b ke RM2 trilion.

Nisbah hutang ke KDNK dikatakan sudah mencecah 64.3% pada akhir Jun 2021 – iaitu mencecah had 60% yang dinaikkan dari 55% oleh kerajaan PN pada bulan Ogos 2020.

Ini bermakna antara tugas pertama kerajaan baharu ialah kemukakan usul dalam parlimen untuk naikkan had hutang sekali lagi ke 70% bagi memberi lebih ruang untuk bantu Rakyat yang telah 3 bulan menghadapi PKP 3.0.

Langkah ini juga perlu untuk menyelamatkan ekonomi tempatan dan menaikan aliran tunai dalam ekonomi yang sudah sangat tenat.

Namun hakikatnya, bantuan Rakyat dan perbelanjaan berhubung Covid TURUN lebih 57% dari RM22.1b ke RM9.3b.

Ke mana sebenarnya segala pinjaman yang sangat banyak disalurkan? Adakah SPRM enggan bertindak walaupun perkara ini telah dibongkar?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker