Dedah jenama daging, selamatkan umat Islam

TIDAK terjangkau akal dengan pendedahan Sinar Harian semalam apabila terdapat kartel yang membungkus semula daging yang diimport tanpa pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Malah tergamak menggunakan logo halal palsu sebelum menjualnya ke seluruh negara.

Demi untung yang berlipat ganda, kartel ini sanggup mengabaikan sensitiviti rakyat Malaysia yang majoritinya Islam.

Si pelaku perlu menerima hukuman setimpal.

Kita bernasib baik kes ini telah dikesan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) daripada terus dipasarkan.

Apa yang diharapkan bukan kartel ini sahaja dibongkarkan rangkaiannya tetapi kerja-kerja bawah tanah membelakangkan undang-undang yang lain perlu dihapuskan segera.

Ketua Pengarah Maqis, Saiful Yazan Alwi berkata, pihaknya juga sedang menyiasat bagaimana daging sejuk beku diseludup dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina boleh terlepas masuk ke negara ini.

Malah tindakan biadab itu juga mencampurkan dengan daging yang sah dan disimpan dalam peti simpanan bersuhu -18 darjah celsuis.

Ini membuat keresahan kepada rakyat sekiranya daging-daging telah dipasarkan seluruh negara.

Demi keuntungan syarikat tidak bertanggungjawab ini, tidak mustahil rakyat juga akan bersikap was-was kepada semua jenis daging sejuk beku dalam negara.

Boleh rosak sistem ekonomi sekiranya hampir 30 juta rakyat Malaysia menolak makan daging sejuk beku import!

Untuk menghilangkan keresahan dalam hati, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu mendedahkan jenama dan tempoh masa syarikat ini beroperasi.

Ini bukan soal dendam atau merosakkan perniagaan, tetapi soal halal haram kepada umat Islam dan risiko kesihatan kepada rakyat keseluruhannya.

Sekiranya kes seperti ini melibatkan kelalaian dalam kalangan penjawat awam, perlu segerakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pendakwaan perlu dilakukan segera, usah berlengah lagi. Sinar

Kartel tukar daging haram jadi halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker