Sorok wang RM153,000 daripada Isteri akhirnya dirembal oleh skandal sendiri

Sebuah mahkamah di wilayah Gauteng, Afrika Selatan menolak tuntutan seorang lelaki yang meminta bekas teman wanitanya mengembalikan wang tunai berjumlah 610,000 rand (RM152,863), yang pernah disembunyikan daripada isterinya sebelum ini, lapor portal berita The Citizen kelmarin.

Mahkamah Tinggi Gauteng Selatan menolak permintaan plaintif, HW, yang mendakwa bahawa dia pernah memberikan wang tersebut kepada defendan, RS pada 2017.

Menurut HW, dia mengeluarkan wang tunai berjumlah 850,000 rand (RM213,006) daripada akaun bank bagi mengelakkan isterinya mengambil wang itu sekiranya mereka bercerai



Dia memberikan 610,000 rand kepada RS untuk disimpan ketika itu, manakala baki selebihnya disimpan sendiri.

Namun, selepas hubungan mereka berakhir dan dia tidak berpisah dengan isterinya, HW mengemukakan tuntutan mahkamah yang mendakwa bahawa wang itu diberikan sebagai pinjaman kepada RS.

Namun, RS menolak dakwaan itu dengan berkata, wang tersebut diberikan sebagai bantuan untuk dia menguruskan perniagaan serta menjadi bukti bahawa HW akan menceraikan isterinya

Hakim Stuart David James Wilson memutuskan bahawa HW tidak mempunyai sebarang kertas kerja bagi membuktikan bahawa wang itu diberikan sebagai pinjaman selain mengaku berasa ragu-ragu terhadap sikapnya.



“Melihatkan keseluruhan kes ini, dapat disimpulkan bahawa ia adalah tindakan tidak jujur. Ia adalah komplot untuk menyembunyikan wang daripada si isteri. Saya tidak yakin dengan kenyataan plaintif,” kata hakim.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)



Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker