Israel bakal hilang sokongan – Joe Biden

Israel bakal hilang sokongan – Joe Biden

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran terhadap Israel kemungkinan berisiko hilang sokongan antarabangsa susulan ‘pengeboman sewenang-wenangnya’ terhadap orang awam di Semenanjung Gaza yang terkepung.

“Keselamatan Israel boleh bergantung kepada AS, tetapi sekarang ia mempunyai lebih daripada negara ini. Mereka mempunyai Kesatuan Eropah (EU), mempunyai Eropah, ia mempunyai sebahagian besar dunia menyokong mereka.



“Namun, mereka mula kehilangan sokongan itu apabila pengeboman semberono berlaku,” kata Biden ketika majlis pengumpulan dana, semalam.

Lebih 18,200 rakyat Palestin terbunuh, manakala hampir 50,000 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober.

Malah, ramai lagi yang berkemungkinan meninggal dunia berada di bawah runtuhan atau di luar jangkauan anggota pasukan perubatan.

Dalam majlis derma dana politik, Biden turut mengkritik kabinet Israel.



“Ini adalah kerajaan paling konservatif dalam sejarah Israel. Beliau (Netanyahu) perlu menukar kerajaan ini.

“Kerajaan di Israel ini menyukarkannya,” kata presiden itu lagi.

Beliau juga berkata, Israel ‘tidak boleh mengatakan tidak’ kepada negara Palestin yang sangat ditentang oleh Israel, termasuk dalam kerajaan Netanyahu.

Komen tajam Biden itu dilihat selari dengan Penasihat Keselamatan Rumah Putih, Jake Sullivan yang kini bersiap untuk pergi ke Israel bagi berbincang dengan Kabinet perang Israel.



Netanyahu dalam satu kenyataan semalam, berkata Israel menerima ‘sokongan penuh’ daripada AS untuk serangan darat ke atas Gaza dan Washington turut menghalang ‘tekanan antarabangsa untuk menghentikan perang’.

“Terdapat perselisihan faham mengenai ‘hari selepas Hamas’ dan saya berharap kita akan mencapai persetujuan di sini juga,” katanya.

Washington berkata, mereka membayangkan Pihak Berkuasa Palestin akan kembali ke Gaza, yang sebelum itu dirampas Hamas pada 2007. BH

Israel bakal hilang sokongan – Joe Biden



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023



Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?



Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker