Wartawan sokong LGBTQ meninggal dunia ketika buat liputan

Wartawan sokong LGBTQ meninggal dunia ketika buat liputan

DOHA: Wartawan bola sepak terkenal dari Amerika Syarikat (AS) yang lantang menentang penganjuran Piala Dunia di Qatar, Grant Wahl, meninggal dunia ketika membuat liputan pertandingan itu, hari ini.

Wahl, 48, dilaporkan rebah ketika membuat liputan aksi Argentina-Belanda dan dibawa ke hospital namun tidak jelas di mana dia menghembuskan nafas terakhirnya.
Advertisement



Adiknya, Eric Wahl mengesyaki wujudnya sesuatu yang tidak kena terutamanya selepas Grant tidak dibenarkan masuk pada aksi pertama antara AS menentang Wales kerana memakai t-shirt pelangi yang membawa simbol menyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ) yang dilarang di Qatar.

Grant kemudiannya menukar baju dan dibenarkan masuk.

Eric melakukan satu hantaran video di Instagram dan berkata ‘nama saya Eric Wahl. Saya tinggal di Seattle, Washington. Saya adik kepada Grant Wahl. Saya gay dan sebab itulah dia memakai t-shirt pelangi di Piala Dunia.

“Abang saya sihat walafiat dan memberitahu bahawa dia menerima ugutan mati. Saya tidak percaya yang abang saya sudah meninggal dunia. Saya percaya dia dibunuh dan saya merayu sebarang bentuk bantuan.”



Eric turut memaklumkan isteri kepada Wahl yang juga pakar penyakit berjangkit, Celine R Gounder sudah berhubung dengan Rumah Putih.

Gounder menciap ‘saya berterima kasih atas sokongan kepada suami saya, Grant Wahl. Saya begitu terkejut.’

Bola sepak AS dalam satu kenyataan berkata ‘seluruh keluarga bola sepak AS patah hati dengan berita mengenai kehilangan Grant Wahl.

“Penyokong bola sepak dan kewartawanan di tahap tertinggi tahu yang kami selalu boleh bergantung kepada Grant bagi menyampaikan berita yang bermakna dan menarik mengenai bola sepak dan protagonis utamanya – pasukan, pemain, jurulatih serta banyak lagi personaliti yang membuatkan sukan ini tidak sama seperti sukan lain.”



Komisioner MLS, Don Garber menciap ‘kami terkejut dan bersedih atas pemergian tragik Grant Wahl. Beliau seorang yang sangat baik hati dan mengambil berat dengan semangat dan dedikasi terhadap kewartawanan yang tidak tolok bandingnya.” BH

Wartawan sokong LGBTQ meninggal dunia ketika buat liputan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau



Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker