Dakwaan pendakwaan terpilih rejim kerajaan terdahulu perlu disiasat – Pendakwa Raya

Dakwaan pendakwaan terpilih rejim kerajaan terdahulu perlu disiasat – Pendakwa Raya

Peguam Negara berpendapat, amat penting bagi pendakwaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti dan menyiasat dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa beliau menjadi mangsa pendakwaan terpilih oleh rejim kerajaan terdahulu.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, hari ini ketika memaklumkan Mahkamah Tinggi, bahawa pendakwaan memohon memberhentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid, yang dibicarakan atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.



Menurut Mohd Dusuki, dakwaan pendakwaan terpilih dibangkitkan secara serius oleh Presiden UMNO itu di dalam surat representasi beliau bagi mengkaji kesemua 47 tuduhan berkenaan.

Mohd Dusuki berkata, ia selaras dengan tujuan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang diumumkan Kabinet yang antara lainnya, bertujuan menyiasat dakwaan pelanggaran tanggungjawab profesional oleh pemegang jawatan tertinggi dalam negara.

“Kami percaya bahawa mahkamah yang mulia ini mengambil maklum pengumuman Jemaah Menteri bagi penubuhan RCI bagi menyiasat isu dibangkitkan dalam buku ‘My Story: Justice in The Wilderness” tulisan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan pendedahan dibuat beliau berkaitan pertuduhan yang dibuat terhadap individu tertentu.

“Peguam Negara selaku pihak pendakwaan dan SPRM selaku badan penyiasat tercemar dan dilihat melalui kaca mata umum seolah-olah kedua-dua jabatan ini institusi undang-undang yang diperalatkan oleh pihak tertentu.



“Untuk tidak menafikan hak tertuduh dan lebih penting lagi, supaya tiada salah laku di sisi undang-undang berlaku, kami percaya pertuduhan terhadap tertuduh di sini perlu diberhentikan buat masa ini, tetapi hanya memberikan kesan dilepas tanpa dibebaskan sehingga siasatan yang lebih menyeluruh dan lengkap selesai,” katanya.

Mohd Dusuki berkata, surat representasi Ahmad Zahid turut menyentuh isu berkenaan siasatan terhadapnya sebelum, semasa dan selepas dituduh di mahkamah yang dikatakan dibuat secara terburu-buru, cuai, pra-matang dan tidak lengkap

Beliau berkata, baru-baru ini juga satu memo dalaman yang dikatakan dikeluarkan Jabatan Peguam Negara berkaitan kes yang sedang dibicarakan tular di media sosial dan pihaknya sedang mengambil langkah untuk menentusahkan kandungan berkenaan.

Katanya, Jabatan Peguam Negara berpendapat ia adalah penting kerana turut menyentuh secara langsung, isu yang dibangkitkan Ahmad Zahid melalui representasinya.



Jelasnya, ia menguatkan lagi alasan Jabatan Peguam Negara untuk menyiasat secara menyeluruh kes membabitkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Berikut adalah senarai 11 alasan dihujahkan oleh Mohd Dusuki

1. Pihak pembelaan memanggil 15 orang saksi termasuklah tertuduh sendiri, kami (pendakwaan) berpendapat bahawa keterangan saksi-saksi ini perlu diteliti oleh pihak pendakwaan dan juga pihak penyiasat.

2. Ahmad Zahid mengemukakan dua Surat Representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), masing-masing bertarikh pada 8 Disember 2022 dan 25 Januari 2023



3. Lanjutan daripada representasi yang dikemukakan oleh Ahmad Zahid, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 20 Januari 2023, memaklumkan kepada AGC bahawa adalah penting untuk siasatan lanjut yang lebih terperinci, mendalam dan menyeluruh dibuat.

4. Ahmad Zahid sekali lagi pada 28 Februari 2023 dan 7 Mac 2023 mengemukakan empat lagi Surat Representasi yang membangkitkan isu dan bukti baharu yang sudah semestinya memerlukan SPRM menyiasat perkara ini.

5. Surat Representasi Ahmad Zahid turut menyentuh isu berkenaan siasatan terhadap tertuduh sebelum, semasa dan selepas dituduh di mahkamah yang dikatakan dibuat secara terburu-buru, cuai, pra-matang dan tidak lengkap.

6. Perkara ini sudah semestinya menyebabkan reputasi dan nama baik AGC selaku pihak pendakwaan dan SPRM selaku badan penyiasat tercemar dan dilihat melalui kaca mata umum seolah-olah kedua-dua jabatan ini adalah institusi undang-undang yang diperalatkan oleh pihak tertentu.



7. Untuk tidak menafikan hak Ahmad Zahid dan lebih penting lagi, supaya tiada salah laku di sisi undang-undang berlaku (no miscarriage of justice), kami percaya bahawa semua pertuduhan terhadap Ahmad Zahid perlu diberhentikan buat masa ini, tetapi hanya memberikan kesan DNAA kepada beliau sehinggalah siasatan yang lebih menyeluruh dan lengkap selesai

8. Pendakwaan percaya bahawa Mahkamah yang Mulia ini ambil maklum berkenaan pengumuman Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu yang dibangkitkan dalam buku memoir tulisan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas dan pendedahan yang dibuat berkaitan pertuduhan yang dibuat terhadap individu tertentu.

9. Ahmad Zahid membangkitkan isu yang serius dalam surat representasi beliau iaitu berkenaan dakwaan bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan terpilih (selective prosecution) daripada rejim kerajaan sebelum ini. Peguam Negara berpendapat bahawa amat penting untuk pihak pendakwaan dan SPRM melihat dan turut menyiasat dakwaan ini.

10. Ia adalah selaras dengan tujuan RCI yang antara lainnya bertujuan untuk menyiasat dakwaan berkenaan pelanggaran tanggungjawab profesional oleh pemegang jawatan tertinggi dalam negara.



11. Satu memo dalaman yang dikatakan dikeluarkan oleh AGC berkaitan kes yang sedang dibicarakan ini tular di media sosial, AGC sedang mengambil langkah untuk menentusahkan kandungan memo dalaman itu dan berpendapat adalah penting kerana ia turut menyentuh secara langsung isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Zahid melalui representasi yang dikemukakan serta menguatkan lagi alasan untuk siasatan secara menyeluruh dijalankan AGC bagi kes membabitkan Ahmad Zahid. BH

Dakwaan pendakwaan terpilih rejim kerajaan terdahulu perlu disiasat – Pendakwa Raya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker