Ramalan Mahathir Bahawa UMNO Akan Menang PRU15 Bukan Mengejutkan – Ahmad Zahid

Berharap Ada Pihak Menasihati Beliau Supaya Berhenti Perlekeh Kejujuran Dan Kebijaksanaan Orang Melayu

Ramalan Mahathir Bahawa UMNO Akan Menang PRU15 Bukan Mengejutkan – Ahmad Zahid

Ramalan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO akan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan sesuatu yang mengejutkan kerana semua pihak kawan mahupun lawan sememangnya menjangkakan sedemikian.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, disebabkan itu bukan perkara baru lawan UMNO membantah keras PRU15 diadakan, malah sejak parti itu meminta ia diadakan selepas proklamasi darurat tamat tahun lalu.



“Mereka tidak mahu kesilapan lalu berulang gara-gara terpedaya dengan pembohongan, hasutan, fitnah dan janji-janji manis manifesto.

“Mereka telah menyaksikan kerosakan bukan sahaja ekonomi, malah keharmonian hidup masyarakat berbilang bangsa di Malaysia akibat kesilapan itu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas laporan bahawa Dr Mahathir yakin UMNO akan menang pada PRU15, walaupun parti itu akan berdepan krisis dalaman.

Selain itu, Dr Mahathir turut dilaporkan bahawa kebanyakan pengundi Melayu sudah kembali menyokong UMNO.



Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, ia berikutan pengundi sudah ditawarkan wang dan dan insentif lain.

Tambah Ahmad Zahid, orang Melayu juga telah mengerti betapa pentingnya kerajaan yang terbukti berkemampuan, berpengalaman, kukuh dan stabil untuk mentadbir demi kemakmuran tanah air.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut menggesa agar Dr Mahathir berhenti melabelkan orang Melayu secara negatif kerana ia perbuatan yang boleh mencetuskan syak wasangka dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

“Seseorang harus menasihati Dr Mahathir supaya berhenti melemparkan kata-kata yang memperlekeh kejujuran dan kebijaksanaan orang Melayu.



“Janganlah hanya kerana majoriti orang Melayu tidak lagi mempercayai Pejuang, Gerakan Tanah Air (GTA), Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN), maka dituduh pengundi Melayu menyokong UMNO kerana wang,” katanya.

Menurutnya, UMNO akan terus menjadi wadah yang menyatukan orang Melayu dan memupuk perpaduan masyarakat berbilang bangsa serta agama di negara ini. — Sinar Harian

Ramalan Mahathir Bahawa UMNO Akan Menang PRU15 Bukan Mengejutkan – Ahmad Zahid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker