Tanah Runtuh: Operasi SAR dimulakan dengan laungan azan

BATANG KALI – Laungan azan sekali lagi berkumandang di lokasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini pada Jumaat.

Kementerian Pertahanan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, pelbagai ikhtiar digunakan pasukan SAR bagi mencari seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki yang masih hilang.

“Tiada istilah putus asa. Pelbagai ikhtiar digunakan dalam usaha pencarian mangsa tanah runtuh Batang Kali yang memasuki hari kelapan.



“Anggota pasukan Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAJD) telah melaungkan azan sebelum gerak kerja disambung,” menurut kenyataan dimuat naik di Facebook pada Jumaat.

Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan, operasi SAR diteruskan bermula jam 8 pagi selepas dihentikan sementara susulan hujan lebat pada petang Khamis.

Empat mayat terdiri daripada satu lelaki dewasa, satu perempuan dewasa serta dua kanak-kanak masing-masing lelaki dan perempuan dijumpai pada jam 11.04 pagi di sektor C (riverside), di sini pada Khamis.

Kesemua mangsa berkenaan ditemui dalam satu bungkusan khemah di kedalaman tujuh meter.



Penemuan terbaru itu bermakna hanya seorang mangsa tragedi tanah runtuh berkenaan yang masih belum ditemui pasukan SAR setakat ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker