Pemandu Honda City plat palsu larikan rantai emas RM58,000

Pemandu Honda City plat palsu larikan rantai emas RM58,000

Seorang lelaki berpura-pura membeli rantai leher, sebelum melarikan barang kemas berharga RM58,000 dari sebuah kedai emas di Jalan Temerloh-Mentakab, Pahang.

Ketua Polis Temerloh, Mazlan Hassan berkata suspek berusia 40-an yang berbaju warna gelap itu datang bersendirian ke kedai emas itu kira-kira 1.15 tengah hari tadi.



Beliau berkata, ketika berurusan dengan jurujual 27 tahun, suspek mencuba seutas rantai leher berharga RM20,000 sebelum meminta mangsa mengeluarkan rantai lebih besar.

Susulan itu, mangsa mengeluarkan seutas rantai leher seberat 195.35g berharga RM58,000.

Katanya, suspek menyerahkan dua utas rantai itu kepada mangsa sebelum meminta rantai leher berharga RM58,000 semula.

“Sebaik mangsa serahkan, suspek terus mengambil rantai leher berkenaan dan berlari keluar dari kedai.



“Mangsa cuba mengejar dan mendapati suspek menaiki kereta Honda City menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, kedai emas itu tidak mempunyai pengawal keselamatan dan terdapat pelanggan lain ketika kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Pemandu Honda City plat palsu larikan rantai emas RM58,000



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker