Singapore Airlines tawar perkhidmatan restoran dalam pesawat A380

BUAT pertama kalinya, Singapore Airlines pada Sabtu membuka peluang kepada 400 tetamu untuk menikmati juadah di dalam pesawat.

Restoran dalam pesawat itu merupakan salah satu alternatif bagi menjana pendapatan buat syarikat tersebut yang turut terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menu paling mahal ditawarkan di kelas pertama, berharga S$642 (RM1,967.43), menyediakan sajian dengan lapan hidangan.

Sementara menu yang paling murah ialah di kelas ekonomi, berharga S$52 (RM162.44), menyediakan sajian dengan tiga hidangan.

Pada masa sama, pengunjung turut berpeluang melawat sekitar pesawat dua tingkat itu untuk bergambar bersama juruterbang di kokpit.

Sebelum menaiki pesawat untuk menjamu selera, pengunjung perlu menjalani pemeriksaan keselamatan seperti biasa di Lapangan Terbang Changi.



Pengunjung berpeluang menikmati makan tengah hari di dalam pesawat A380 sambil menonton filem

Pengunjung berpeluang menikmati makan tengah hari di dalam pesawat A380 sambil menonton filem

Selain menikmati makanan tengah hari, pengunjung juga boleh menonton filem di tempat duduk masing-masing.

Syarikat penerbangan itu, yang membuang ribuan pekerja dan memberhentikan hampir semua pesawatnya tahun ini, menawarkan pengunjung kesempatan menjamu selera di dua pesawat penumpang terbesar di dunia, A380.

Pada masa, sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP), sebahagian tempat duduk dibiarkan kosong sebagai menjaga penjarakan fizikal.



Pengunjung turut mengambil peluang tersebut untuk meraikan sambutab hari lahir di restoran yang 'istimewa

Pengunjung turut mengambil peluang tersebut untuk meraikan sambutan hari lahir di restoran yang ‘istimewa’-Awani

Peluang makan tengah hari dalam Airbus A380



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker