Harap Kedah ke Asia – TMJ

Harap Kedah ke Asia – TMJ

Kedah Darul Aman (KDA) FC memperoleh tonik terbaik dalam perebutan slot ke pertandingan Asia musim depan selepas mendapat sokongan daripada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi satu komen di hantaran Instagram KDA FC, Tunku Ismail mengharapkan skuad bimbingan Nafuzi Zain itu dapat terus melakar keputusan yang konsisten dalam mengharungi baki saingan musim ini.



“Mudah-mudahan ke Asia. Semoga menang beberapa baki game (perlawanan) liga,” kata Tunku Ismail.

Terdahulu pada aksi di Stadium Darul Aman malam tadi, skuad Kenari menangguhkan pesta kejuaraan JDT apabila mengikat lawan itu 3-3.

Malah, skuad kendalian Nafuzi berjaya mendahului pasukan kendalian Esteban Solari 2-0.

Namun skuad Harimau Selatan ‘garang’ apabila bangkit meledak tiga gol dalam tempoh 22 minit untuk mendahului 3-2 sebelum dikecewakan dengan jaringan penyamaan lewat permainan Amirbek Juraboev.



Ketika ini, Kedah ketinggalan lima mata di belakang Selangor FC (SFC) di tempat kedua namun mereka memiliki satu perlawanan dalam tangan.

Namun, skuad The Red Giants ada kelebihan jaringan yang lebih besar iaitu 39 berbanding Kedah dengan 17.

Sebagai rekod, kejayaan JDT memenangi Piala FA menyaksikan satu lagi slot ke pertandingan Asia pada musim depan akan diisi naib juara Liga Super musim ini. BH

Harap Kedah ke Asia – TMJ



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung



Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker