Buktikan saya campur tangan, ambil wang projek LCS, Najib beritahu PH

Buktikan saya campur tangan, ambil wang projek LCS, Najib beritahu PH

Najib Razak meminta Pakatan Harapan (PH) membuktikan yang beliau pernah campur tangan dalam menukar jenis kapal tempur pesisir (LCS) atau mengambil wang daripada projek itu.

Najib berkata, beliau akan berhenti daripada menjawab dakwaan PH dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang jika beberapa persoalan dikemukakannya dapat dijawab.



Beliau berkata, antara persoalannya yang perlu dijawab ialah mengapa kerajaan PH sebelum ini berdiam diri berhubung isu LCS ketika berkuasa dari 2018 hingga 2020 sedangkan LCS pertama sepatutnya diserahkan pada April 2019.

“Mengapakah PH diam menikus sepenuhnya apabila tarikh akhir penghantaran April 2019 terlepas?

“Adakah anda menjadikan isu besar mengenai perkara ini pada tahun 2018 apabila projek semakin ketinggalan dari jadual asal? Mengapakah PH langsung tidak berbunyi pada tahun 2019 apabila tarikh akhir penghantaran terlepas?

“Bagaimana pula dengan tahun 2020? Atau tahun 2021? Kenapa senyap seperti tanah perkuburan? Mengapa baru sekarang…di ambang PRU15 anda semua mengkoordinasi serangan untuk menjadikan isu kelewatan projek ini sebagai isu utama walhal projek ini terhenti ketika anda adalah kerajaan?,” katanya di Facebook.



Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu dan timbalannya Liew Chin Tong sebelum ini juga mendakwa, bukan PH yang mengarahkan projek itu dihentikan semasa mereka berkuasa tetapi syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) telah kehabisan dana untuk meneruskan projek.

“Boustead Holdings yang membentuk 45% daripada jumlah aset LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) tidak pernah kerugian wang sepanjang tempoh sembilan tahun saya menjadi PM (perdana menteri) tetapi mencatatkan kerugian terbesar pada 2018 dan 2019 bawah PH apabila ekonomi dan pasaran saham merosot.

“Berapakah jumlah dana atau jaminan pinjaman yang diberikan oleh kerajaan PH kepada Boustead untuk memastikan kontrak nasional strategik ini diteruskan dan terus berjalan?,” soal Najib.

Beliau berkata, salah satu matlamat strategik projek berkenaan adalah bukan sekadar membekalkan kapal kepada tentera laut tetapi membina keupayaan negara untuk membina dan menyelenggara kapal tentera laut.



“Jika projek ini tidak diberikan kepada Boustead yang dimiliki oleh LTAT, maka siapakah konsortium atau syarikat terbaik seterusnya yang mempunyai pengalaman industri yang betul serta limbungan pembinaan kapal yang diperlukan untuk diberikan projek ini?,” soal Najib. FMT

Buktikan saya campur tangan, ambil wang projek LCS, Najib beritahu PH


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib



Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker