Ringgit terus susut berbanding dolar AS

RINGGIT terus menyusut berbanding dolar AS pada Jumaat menjelang cuti hujung minggu yang panjang sempena perayaan Krismas.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.4225/4260 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4215/4255 pada Khamis.

“Keseluruhannya, pasaran berada dalam suasana percutian tetapi ketidakpastian berhubungan inflasi di Amerika Syarikat (AS) meningkat menjelang pengumuman indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi AS pada lewat hari ini.



“Ini mengekalkan sentimen risiko tempatan dan pertukaran asing di Asia,” kata rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2754/2785 daripada paras penutup. 3.2798/2833 pada Khamis dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.3352/3381 daripada 3.3486/3521.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3349/3391 daripada 5.3522/3571 dan menokok berbanding euro kepada 4.6927/6964 daripada 4.7085/7127. – Bernama.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker