Dua hari hilang, ayah akhirnya jumpa mayat anak terbaring di bangunan lama

Dua hari hilang, ayah akhirnya jumpa mayat anak terbaring di bangunan lama

Kota Kinabalu: Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah sejak Rabu lalu terjawab apabila dia ditemukan meninggal dunia di sebuah bangunan lama di Jalan Sembulan, di sini, semalam.

Lebih memilukan, mangsa berusia 21 tahun yang bekerja sebagai pelayan restoran ditemukan oleh bapanya kira-kira jam 8 pagi selepas dua hari berusaha mencari anak lelakinya itu.



Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan bangunan lama Jalan Sembulan.

Katanya, berdasarkan maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemui mayat dalam keadaan terbaring.

“Hasil pemeriksaan awal oleh doktor dari Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) mengesahkan kematian dan di bahagian tangan kiri mangsa terdapat kesan luka dipercayai patah akibat terjatuh dari tempat tinggi.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati bangunan lima tingkat itu sudah lama ditinggalkan dan mangsa dipercayai naik ke tempat simpanan tangki air sebelum terjatuh,” katanya dalam kenyataan media hari ini.



Mohd Zaidi berkata, terdapat kesan tapak kaki di kawasan tangga bangunan selain polis menemui alat ‘portable vapor’ dipercayai milik mangsa.

Katanya, hasil siasatan lanjut, polis percaya tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat atas.

“Hasil siasatan di tempat kejadian oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah tiada unsur-unsur jenayah.

“Mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah selama dua hari sebelum ahli keluarga bertindak untuk mencari mangsa,” katanya.



Menurutnya, mayat dibawa ke Jabatan Forensik HQEI untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya. HM

Dua hari hilang, ayah akhirnya jumpa mayat anak terbaring di bangunan lama

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker