Bot karam dipukul ombak, 2 pendatang maut, 26 lagi hilang

Bot karam dipukul ombak, 2 pendatang maut, 26 lagi hilang

Sekurang-kurangnya dua orang maut dan 26 lagi hilang selepas sebuah bot yang membawa puluhan pendatang karam di luar pantai Indonesia, kata seorang pegawai hari ini.

Bot nelayan kayu yang membawa 89 penumpang itu bocor sejurus selepas bertolak ke negara jirannya, Malaysia, melalui laluan yang tidak dikawal.

Ia kemudiannya karam setelah dilanda ombak besar.

Seorang lelaki dan seorang wanita ditemui mati manakala 61 yang lain diselamatkan dan segera dibawa ke hospital untuk rawatan. Penumpang-penumpang lain masih belum ditemui.

“Kami telah mengerahkan anggota untuk mencari 26 mangsa yang hilang, namun usaha kami masih belum berhasil setakat ini,” kata Ady Padawa, ketua pasukan mencari dan menyelamat hari ini.

Penumpang-penumpang bot itu berasal dari seluruh Indonesia dan dalam perjalanan untuk mencari pekerjaan di Malaysia tanpa dokumentasi yang sah, tambahnya.

“Kami mengesyaki jumlah penumpang melebihi kapasiti bot, jadi apabila ia dipukul ombak besar, ia tenggelam serta-merta,” katanya.

Pada Januari, enam wanita warga Indonesia lemas di luar pantai Malaysia setelah bot dinaiki mereka terbalik dipercayai ketika cuba masuk ke negara itu secara tidak sah.

Sebulan kemudian, sebuah lagi bot terbalik, mengorbankan 21 pendatang warga Indonesia. FMT

Bot karam dipukul ombak, 2 pendatang maut, 26 lagi hilang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker