Trend majlis graduasi sekolah di hotel, ibu bapa dakwa bagaikan diperas ugut

Trend majlis graduasi sekolah di hotel, ibu bapa dakwa bagaikan diperas ugut

Meskipun tidak mampu ada ibu bapa terpaksa merelakan juga untuk membayar antara RM150 hingga RM200 semata-mata mahu anak hadir majlis graduasi anjuran sekolah di hotel mewah.

Jika ada ibu bapa yang enggan bayar, seorang pengguna media sosial mendakwa keadaan itu mengakibatkan anak mereka pula berasa tertekan dan malu kerana tidak menghadiri majlis berkenaan bersama rakan.



Menurut Adrea Abdullah yang juga pelakon berkongsi pengalaman dan pandangannya menerusi video di Facebooknya hari ini, beliau mendakwa ada sekolah yang mewajibkan murid menghadiri majlis graduasi itu tanpa berbincang dengan waris terlebih dahulu.

Tidak berpuas hati dengan keputusan pihak sekolah, beliau mempersoal ketetapan itu kerana seolah-olah meminggirkan suara ataupun situasi semasa dihadapi kebanyakan waris yang tidak mampu kerana perlu mengutamakan komitmen lain yang lebih mendesak.

Lebih parah, apabila beliau mendakwa bagi waris yang ingin menemani anak mereka ke majlis graduasi itu diwajibkan membayar yuran tambahan sekitar RM150 seorang.

“Keputusan guru besar untuk anjur majlis graduasi di hotel lima bintang seperti buat emotional blackmail (memeras ugut emosi terhadap ibu bapa serta murid). Nak tunjuk sekolah kita ‘have-have’ (kaya) di media sosial?



“Tetapi tidak pula anda fikir yang ada ibu bapa tak mampu? Tidak semua yang kerja elok. Lagi-lagi ibu bapa yang mungkin ada ramai anak, banyak komitmen… Mana mereka boleh keluarkan RM200. Kalau lima orang anak macam mana? Setiap tahun pula.

“Tak masuk akal langsung kerana seolah-olah menganiaya ibu bapa dan seperti emosi terasa seperti diperas ugut. Kalau tak bayar kesian pula anak aku sebab orang lain semua bayar.

“Yang lebih membuatkan situasi lebih buruk adalah mereka buat kumpulan WhatsApp. Ada ibu bapa murid di situ nyatakan ini dan majlis kena bayar banyak ini, ini (senarai) ibu bapa sudah bayar dan ini ibu bapa tak bayar (lagi).

Ini membuatkan ibu bapa tertekan kerana orang lain sudah bayar tetapi aku tak bayar lagi,” katanya.



Beliau juga hairan mengapa pentadbir sekolah memilih tempat yang tidak memerlukan modal besar untuk menganjurkan majlis graduasi.

Beliau berkata mengapa tidak dimanfaatkan dewan komuniti atau sekolah?

Dakwanya lagi, mungkin sikap mahu bersaing dan menunjuk-nunjuk segelintir sekolah membuatkan ada dalam kalangan ibu bapa termasuk guru tidak selesa dengan keputusan yang dibuat oleh guru besar.

Justeru, beliau menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) untuk masuk campur kerana merasakan penganjuran majlis graduasi di hotel mewah adalah langkah tidak munasabah.



“Kenapa tak buat di sekolah misalnya? Atau dewan komuniti. Jadi tak mahal. Kalau sekolah antarabangsa tak apa sebab mereka kaya dan tak kisah sangat bayar RM500.

“Kalau sekolah elit bolehlah mereka bayar tetapi kalau sekolah biasa, untuk anjur majlis luar biasa demi imej sekolah…Ia memang tidak munasabah.

“Ibu bapa juga ada yang merungut kerana anak mereka mesti nak (beli) baju baharu. Itu kena tambah duit lagi. Ia sekali gus menjadikan satu tekanan yang tidak perlu (ditanggung ibu bapa).

“Banyak hutang dan ibu bapa banyak komitmen lain yang nak bayar. Jadi nak keluarkan duit untuk benda tak masuk akal…Subahanallah. KPM perlu cakap sesuatu sebab perkara ini tidak munasabah untuk ibu bapa bayar duit untuk anak mereka hadir majlis graduasi,” katanya.



Sekiranya pentadbir sekolah masih berdegil untuk anjur majlis graduasi di hotel mewah, seharusnya ada alternatif lain untuk mengutip dana bagi membantu waris tidak berkemampuan.

Beliau memberi contoh mungkin sekolah boleh menganjurkan program cuci kereta untuk mengutip derma.

Bagaimanapun, katanya perlu ada perbincangan lanjut dengan antara pihak sekolah dengan waris bagi mendapatkan situasi ‘menang-menang’.

“Kenalah jadi kreatif untuk kumpul dana. Pada hari minggu, mungkin boleh buat program amal jariah seperti mencuci kereta. Semua murid kena cuci kereta untuk kumpul dana.



“Buat juga undian untuk pastikan ibu bapa okay atau tidak. Bagi tak mampu mungkin ada ibu bapa lain nak derma atau bantu.

“Tetapi janganlah guru besar kata kita buat di hotel ini, semua kena buat. Ada segelintir guru tak setuju tetapi terpaksa terima arahan guru besar untuk buat majlis graduasi di hotel 4, 5 bintang,” katanya. BH

Trend majlis graduasi sekolah di hotel, ibu bapa dakwa bagaikan diperas ugut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker