Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan meningkat RM210.4 bilion – PM

Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan meningkat RM210.4 bilion – PM

Prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak 8.9 peratus kepada RM210.4 bilion, manakala jumlah perbelanjaan pula meningkat 4.9 peratus kepada RM307.6 bilion sehingga akhir bulan lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan prestasi itu, Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) berpandangan, semakan semula defisit bagi tahun ini iaitu 6.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan dapat dicapai.



Menurut beliau, Kementerian Kewangan akan terus memantau prestasi dan perkembangan tersebut sebagaimana dibincangkan dalam mesyuarat FPC itu kali ketiga hari ini yang dipengerusikan Perdana Menteri.

“Berdasarkan prospek pemulihan ekonomi yang lebih baik bagi tahun 2022 serta langkah-langkah Bajet 2022, defisit fiskal disasarkan berkurang kepada 6 peratus daripada KDNK.

“Inisiatif pembaharuan institusi terutamanya pelaksanaan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA), Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) dan Kajian Perbelanjaan Awam (PER) merupakan langkah dasar utama dalam menyokong usaha ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, dalam jangka sederhana, kerajaan kekal komited terhadap sasaran defisit seperti yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) iaitu 3.5 peratus berbanding KDNK pada 2025.



Dalam usaha ke arah ini, kata beliau, Jawatankuasa berkenaan meneliti beberapa cadangan yang akan menambah baik kedudukan kewangan negara dan kemampanan fiskal setelah ekonomi kembali ke trajektori pertumbuhan sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

“Melangkah ke hadapan, agenda pemulihan yang mampan akan diselaraskan dengan inisiatif-inisiatif di bawah RMK-12.

“Kesemua usaha ini bertumpu kepada pembangunan teknologi tinggi, inovasi dan kemampanan dalam sektor berpotensi pertumbuhan tinggi yang dirangka bagi memangkin ekonomi inklusif dan berdaya saing untuk manfaat seluruh Keluarga Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut memberitahu, secara keseluruhannya, usaha membantu seluruh Keluarga Malaysia akan diteruskan, di samping memastikan kemampanan kedudukan kewangan kerajaan. Utusan



Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan meningkat RM210.4 bilion – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)



Nora Danish kena kecam main buih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker