Pengebom berani mati dianggap syahid?

Pengebom berani mati dianggap syahid?

Apabila berbicara soal mati syahid, menjadi persoalan mengenai orang Islam yang menjadi pengebom berani mati, iaitu mereka yang meletakkan bom di badan, pergi ke sesuatu tempat dan meletupkan diri sehingga memusnahkan seluruh kawasan berdekatan.

Ramai yang keliru untuk meletakkan orang ini dikira membunuh diri ataupun mati syahid di jalan Allah.



Menjawab persoalan ini, terdapat pelbagai pandangan mengenainya. Bagi pengebom berani mati, jika yang menjadi sasaranya adalah kem tentera musuh sepertimana yang dilakukan pejuang Palestin terhadap zionis Yahudi, mereka tidak layak dilabel sebagai membunuh diri sebaliknya mereka adalah syahid di jalan Allah Taala atas nama perjuangan.

Sebenarnya terdapat beberapa perbezaan bagi orang yang membunuh diri dan mati syahid dengan cara mengebom diri sendiri.

Kebanyakan orang yang membunuh diri ialah mereka yang sudah berputus asa untuk hidup, begitu juga putus asa dengan Allah Taala. Namun, bagi mereka yang menjadi pengebom berani mati, mereka sedang berusaha berjuang mempertahankan agama untuk menghancurkan orang kafir yang zalim dan bukan berputus asa.

Selain itu, orang yang membunuh diri adalah orang yang mementingkan diri sendiri, hingga tidak peduli kepada orang yang menyayanginya. Berbeza dengan pengebom berani mati, mereka melakukan perkara tersebut untuk umat, untuk agama Islam dan untuk saudara sesama Muslim yang lainnya.



Bagaimanapun niat pengebom berani mati itu juga haruslah jelas. Perkara itu mesti dilakukan dalam keadaan kesemua orang sekeliling ialah orang kafir, dan di negara kafir. Contohnya melakukannya di kem tentera Zionis Yahudi, Israel.

Tapi jika mereka melakukan perkara tersebut di pusat membeli belah di negara kita contohnya, itu jelas haram. Ini kerana Malaysia bukan negara kafir dan pusat membeli belah adalah tempat tumpuan awam.

Apatah lagi Islam meletakkan syarat, orang awam tidak boleh dibunuh ketika berlaku peperangan. Selain itu, tempat yang dilakukan itu termasuk sebagai tempat yang mengancam orang Islam seperti negara-negara yang melakukan kekejaman terhadap orang Islam.

Pandangan ulama mengenai pengebom berani mati:



Fatwa Syeikh Yusuf Al Qardhawi :

“…Para pemuda pembela tanah airnya, bumi Islam, pembela agama, kemuliaan dan umatnya, mereka bukan orang-orang yang bunuh diri. Mereka sangat jauh dari bunuh diri.

Mereka benar-benar orang syahid kerana mempersembahkan nyawanya dengan kerelaan hati di jalan Allah, selama niatnya ikhlas hanya kepada Allah dan selama mereka terpaksa melakukan cara ini untuk menggetarkan musuh Allah Taala, yang secara jelas menyatakan permusuhannya dan bangga dengan kekuatannya yang didukung oleh kekuatan besar lainnya.” – (Fatawa Mu’ashirah, hal. 503-505, Jld. 3. Cet.1, Darul Qalam, Kairo)

Fatwa Syaikh Muhammad Nashirudin al Albani.



“…Aksi ini dibolehkan hanya pada situasi tertentu dan melakukannya untuk kemenangan agama Allah, bukan untuk riak, menjaga reputasi, atau keberanian, atau tekanan kehidupan.”

Fatwa Syaikh al-Allamah Shalih bin Ghanim As-Sadlan

“Jika yang dibela benar, dan dia melakukannya dengan landasan pendapat orang yang membolehkannya maka boleh jadi dia tidak dikatakan bunuh diri…”

Fatwa Syeikh Abdullah bin Humaid – mantan Hakim Mekah al-Mukarramah



“Alhamdulillah, aksi individu seorang Muslim yang membawa kelengkapan bahan peledak, kemudian dia menyusup ke dalam barisan musuh dan meledakkan dirinya dengan maksud untuk membunuh musuh sebanyak mungkin dan dia sedar bahawa dia adalah orang yang pertama kali terbunuh; saya katakan; bahawa perbuatan yang dilakukannya termasuk bentuk jihad yang disyariatkan. Dan, insya-Allah orang tersebut mati syahid.” (sumber: al-‘Amaliyyat Al-Istiyhadiyyah fi Al-Mizan Al-Fiqhiy)

Pengebom berani mati dianggap syahid?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker