Pemimpin BN mula tiba di ibu pejabat

Pemimpin BN mula tiba di ibu pejabat

Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) tiba di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, di sini, sejak jam 2 petang tadi.

Antara yang memasuki bangunan berkenaan ialah Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar yang tiba pada jam 3.37 petang serta Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang tiba beberapa minit kemudian.



Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang disebut-sebut sebagai calon kerusi Parlimen Titiwangsa dan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar tiba pada jam 2 petang, namun keluar setengah jam kemudian.

Kehadiran Noh menimbulkan tanda tanya kerana sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu digugurkan daripada menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengumumkan nama calon bagi kerusi Parlimen pada jam 8.45 malam ini. BH

Pemimpin BN mula tiba di ibu pejabat




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS



Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker