Lelaki didakwa beri anak minum racun rumput serah diri

 

BEAUFORT: Seorang lelaki yang diburu polis selepas didakwa mencekik dan memberi anak perempuannya berusia lima tahun minum racun rumput akhirnya menyerah diri hari ini.

Ketua Polis Daerah Beaufort Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, lelaki berusia 43 tahun terbabit menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort pada 9.40 pagi selepas menghilangkan diri sejak 16 Mei lalu.



Suspek bagaimanapun tidak mengaku memberi mangsa minum racun, malah menyatakan tuduhan itu adalah fitnah terhadapnya, kata Yusoff.

“Siasatan lanjut akan dijalankan terhadap suspek dan pihak polis akan membawa lelaki terbabit ke Mahkamah Majistret Beaufort esok untuk permohonan reman.

“Suspek turut dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk ujian saringan air kencing,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

[VIDEO & FOTO] Insiden Tren LRT: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC



Yusoff berkata, pihaknya sebelum ini turut merampas satu botol mineral 500ml jenama Sasa dan satu botol racun rumpai jenama Zagro Pounce 410 bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 16 Mei lalu, lelaki terbabit didakwa memberi anaknya minum kopi bercampur racun selepas bertengkar dengan isterinya dalam kejadian di Kampung Bundu, Kuala Penyu.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian kira-kira 12 tengah hari itu berlaku selepas suspek marah kepada isterinya yang mahu pulang ke kampung di Keningau bersama anak-anak.



“Perkara itu hanya diketahui ibu mangsa selepas diceritakan oleh anak sulungnya yang berusia lapan tahun,” kata Yusoff pada masa itu.

Tidak cukup dengan itu, tambah Yusoff, suspek turut dilaporkan membawa anak perempuannya itu ke tingkat atas rumah sebelum mencekik mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Malaysia atasi India bagi kes jangkitan Covid-19 per kapita



Lelaki didakwa beri anak minum racun rumput serah diri


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Status Nilai 3: Mufti saran PDRM siasat isu lebih penting



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker